in

“Kerja 40 jam atau…” – Elon Musk Benarkan Staf Bekerja Dari Rumah Dengan ‘Syarat’

Elon Musk Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki terkaya di dunia menurut ‘ranking’ semasa Forbes, Elon Musk merupakan nama yang tidak asing lagi. Baru-baru ni mencuri tumpuan dunia selepas membeli Twitter, beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai dengan polisi terbaru salah sebuah syarikatnya iaitu Tesla.


Menerusi sebuah surat yang dikatakan telah bocor di media sosial, Musk telah memberikan kata dua kepada pekerja-pekerja di Tesla tentang polisi berkerja dari rumah syarikat berkenaan.

Menurut Unilad, Musk membenarkan pekerjanya untuk berkerja dari rumah dengan syarat mereka perlu sekurang-kurangnya menghabiskan 40 jam waktu bekerja dalam seminggu di pejabat. Dalam erti kata lain, 8 jam sehari!

Dalam masa yang sama, difahamkan juga mereka yang tidak bersetuju dengan polisi terbaharu itu boleh tinggalkan syarikat berkenaan selain Musk juga dikatakan telah ‘memetik’ nama seorang pekerjanya dalam surat tersebut.

Selain perlu menghabiskan masa 40 jam, kesemua pekerjanya harus datang ke pejabat Tesla dan bukannya ‘pejabat’ luar. Tambahnya lagi, permintaannya ini hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan pekerja syarikat yang sama di kilangnya.

092Cdc00 2A83 44Ad 8F75 F23415Fa7595

Namun, Musk juga bersedia untuk memberikan pengecualian kepada mereka yang benar-benar perlu bekerja dari rumah dengan syarat dia sendiri yang akan semak dan luluskan permohonan tersebut.

Selain tempoh waktu berkerja itu, Musk juga mengkritik pegawai sumber manusianya (HR) yang tinggal di luar dari kawasan kilang Tesla dalam emel yang dikatakan tular tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Elon Musk berbuat demikian kerana bulan lepas, beliau pernah juga ‘menuduh’ pekerjanya di Amerika Syarikat dengan mengatakan mereka cuba berdalih dan sedaya upaya untuk tidak datang ke tempat kerja.

Dalam masa yang sama, Musk juga dikatakan membandingkan pekerjanya di China dan di Amerika yang mana menurutnya pekerja di China akan bertungkus lumus berkerja sehingga 3 pagi manakala di US, mereka sedaya upaya tidak mahu bekerja.

Baca : Elon Musk Dituduh Lakukan Gangguan Seksual Kepada Pramugari Jet Peribadi, Sanggup Belikan Kuda Kalau Buat ‘Lebih’

3Em

 

Sumber: Global Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.