in

“Najis ditukar kepada tenaga”- Pelajar Universiti Ini Dapat Upah Jika Buang Air Besar

F Toi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buang air besar atau kecil sering kali disinonimkan sebagai aktiviti yang menjijikkan. Namun, di sebuah universiti Korea Selatan ini pula, pelajar yang membuang air besar akan diberi upah atau ganjaran yang berpatutan.



Memetik laporan Reuters, seorang profesor kejuruteraan bandar dan alam sekitar di Ulsan National Institute of Science and Technology iaitu Cho Jae-weon telah berjaya mereka bentuk sebuah tandas mesra alam.

Toi 1
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, tandas mesra alam yang dikenali sebagai tandas BeeVi itu sebenarnya bersambung dengan makmal khas yang akan menukarkan najis tadi menjadi biogas dalam sebuah tangki khas. Selain itu, najis itu juga akan diproses menjadi baja yang berguna untuk tanaman.

Dalam tangki tadi, mikroorganisma akan menukarkan bahan buangan tadi menjadi metana. Gas metana ini kemudiannya akan disalurkan ke bangunan universiti sebagai sumber tenaga.

Toi 2
Gambar sekadar hiasan

Antara kegunaan gas tersebut juga ialah ianya juga boleh digunakan untuk menyalakan dapur gas. Jadi, setiap pelajar yang membuang air besar akan mendapat ganjaran sebab telah membantu menyalurkan tenaga kepada bangunan universiti mereka itu.

Pelajar-pelajar itu akan memperoleh mata wang secara online yang menggunakan konsep seperti e-wallet yang dikenali sebagai Ggool. Katanya, setiap individu boleh menggunakan ganjaran itu untuk berbelanja di kedai sekitar universiti. Dorang hanya perlu scan QR code je kalau nak guna duit tu. 

Difahamkan juga, mereka yang membuang air besar akan mendapat 10 Ggool. Bagus lah teknologi orang Korea ni kan, semua pihak untung.

Sumber: Reuters

Baca: “Nak buang air je pun”- Kenali 5 Tandas Termahal Di Dunia

Toi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.