Najib Tak Pakai Baju Oren

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tercatat dalam sejarah Malaysia, lepas dua bulan PRU 14 berlangsung, bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah untuk proses pendakwaan. Menurut Berita Harian, Najib akan didakwa berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Sumber: Facebook

Selepas ditahan semalam, Najib yang bermalam di lokap SPRM telah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.20 pagi untuk pendakwaan tanpa memakai baju warna oren. Meskipun dakwaan kes masih samar-samar, tapi mengikut beberapa sumber, Najib katanya akan dihadapkan dengan 10 pertuduhan jenayah pecah amanah berhubung 1MDB.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ketibaan Najib disambut oleh berpuluh-puluh supporters yang diketuai pemimpin UMNO Tun Faisal Ismail Aziz yang hampir-hampir bertelegah dengan pihak polis di mahkamah.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Pihak polis tegur sikap Tun Faisal yang mengajak supporters untuk menjerit slogan ‘Hidup Najib’ dan menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

“Ini bukan pusat karaoke, ini mahkamah!” tegur salah seorang anggota polis yang bertugas.

Meskipun berdepan dengan pelbagai pertuduhan, Najib yang lengkap berkot hitam dengan tali leher merah tetap tersenyum dan melambai pada penyokong yang datang untuk beri sokongan.

Sama-sama kita nantikan update mengenai isu ni dalam masa yang terdekat. Semoga DS Najib tabah menghadapi pertuduhan. 

Baca: GEMPAR! Najib Ditangkap dan Didakwa Esok!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!