in

Najib Persoal Kos RFID Rupanya Tak Sampai RM1, LLM Sedia Bincang Harga Semula

Fi Rfid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya semalam telah menyuarakan satu persoalan berkaitan kos Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dijual pada harga RM35 seunit kepada rakyat.


Beliau juga mendedahkan kos pembuatan RFID tersebut rupanya tidak mencecah RM1 pun bagi seunit. Oleh hal yang demikian, ia menimbulkan tanda tanya mengapa harganya memakan kos sehingga RM35.

“Dan adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?” soalnya lagi.

Sebelum ini juga, ramai pengguna jalan raya yang kecewa selepas terperangkap dalam kesesakan di lorong tol akibat kegagalan sistem RFID tersebut.

Di posting terbaru beliau, Najib ada mengutarakan pendapat jika pelekat RFID itu tidak boleh diberikan secara percuma, setidaknya ia dijual dengan harga yang lebih murah iaitu pada RM5.

Kos sticker RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping.Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?Dan adakah syarikat…

Posted by Najib Razak on Monday, January 17, 2022

Isu ini telah mendapat perhatian Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof. Oleh hal yang demikian, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go bagi membincangkan pengurangan harga pelekat RFID tersebut.

Di samping itu, mereka juga akan mencari penyelesaian yang terbaik bagi segala masalah yang timbul berkaitan dengan isu RFID terutamanya tentang isu sistem pembayaran di lorong tol yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai baru-baru ini.

Plus juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya satu laluan RFID disediakan di setiap 83 plaza tol di sepanjang laluan sejauh 657 kilometer (km) lebuhraya itu.

Baca: Disaster-Terpaksa Undur Kerana Tidak Berfungsi, Netizen Bengang Jalan Sesak Kerana RFID

Baca Rfid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.