in

Pengarah Mengaku Unit Dana RM9.8b 1MDB Adalah Penipuan

Page Lge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua dah maklum yang kes siasatan 1MDB masih lagi berjalan. Semestinya rakyat masih tertanya-tanya apakah perkembangan baru dalam kes ini.


Menurut Malaysiakini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah syarikat 1MDB telah mengakui bahawa pelaburan ‘unit dana’ sebanyak 2.5 bilion US Dollar (RM9.8 bilion) adalah penipuan sahaja.

Lge1
sumber: malaysiakini

Beliau memberitahu perkara tersebut ekoran mendengar taklimat syarikat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy, bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam syarikat Ivan Chen.

Ujarnya lembaga pengarah yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka dah berulang kali mempertikaikan nilainya serta kewujudan pelaburan tersebut dalam mesyuarat bulanan lembaga pengarah.

“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun. Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai ‘penipuan’.”

Sebelum ini, 1MDB mendakwa mempunyai 2.5 bilion US Dollar unit dana yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan 1.56 bilion US Dollar lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).

Namun begitu, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa unit dana tersebut tidak bernilai dan hanya bertujuan untuk mengaburi wang yang telah dicuri.

1Mdb Bandar Malaysia 1
sumber: fmt

Sementara itu, Arul Kanda yang sebelum ini menegaskan wang tersebut ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata tidak pasti dan tidak tahu menahu kedudukan kewangan syarikat.

“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018. Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat.”

Banyak tu jumlah duit tu…

Baca: Arul Kanda KENA Bayar Hutang 1MDB RM144 Juta Sebelum 30 Mei

Arul 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.