in

“Najib boleh cakap apa dia nak”

Fuzi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman terhadap tiga orang pegawai atasan yang menyiasat skandal membabitkan dana 1MDB.


Tiga pegawai yang disaman itu adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Peguam Negara Tommy Thomas dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh.

Amar
sumber: the malay mail

Najib turut membuat kenyataan bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu tak layak untuk membuat pemeriksaan berkaitan 1MDB. Menurut The Malay Mail, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun menyatakan bahawa Najib bebas untuk membuat sebarang spekulasi tentang kecekapan Amar Singh mengendalikan kes 1MDB.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga memberitahu bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang permintaan rasmi penjelasan tentang kenyataan Najib.

Fuzi
sumber: nst

“Itu Najib yang cakap. Dia boleh cakap macam-macam. Biar dia cakap apa saja yang dia nak. Tapi kami tak terima sebarang permintaan rasmi untuk penjelasan buat masa ni.”

“Kalau perlu, kami akan sediakan tindak balas yang sewajarnya. Kita tunggu dan lihat.”

Selain Amar, Najib mendakwa yang Thomas tak berapa suka kat dia berdasarkan satu artikel yang ditulis Peguam Negara tu tahun 2016. Katanya dari situ nampak sangat Thomas tak ada pendirian dan kurang pertimbangan.

Malaysiapolitics30851Jpg98733
sumber: the star

Bukan itu sahaja, Najib juga saman Ketua Pesuruhjaya SPRM sebab katanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ni emotional, tambah-tambah masa dia buat pendedahan sampai menangis kat depan media hari tu.

2205 Macc Shukri Abdull2
sumber: projek mm

Semua pegawai ni cuma jalankan tugas masing-masing. Tak kisah lah orang nak cakap apa pun janji kerja jalan, ye tak? Korang ada nak komen?

Baca: Syukurlah Ahli UMNO Masih Sayangkan Najib

Asjalsd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.