in

Naik Kapal Laut Berbulan Lama. Ini Cabaran Orang Dulu Untuk Menuju Lambaian Kaabah

Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersempena musim haji dan Hari Raya Aidiladha hari ini, admin jangka ramai yang terfikir bagaimana agaknya orang dulu-dulu mengerjakan haji. Kalau sekarang mudah je. Dengan gunakan khidmat Tabung Haji, semua urusan dipermudahkan dan jemaah hanya naik kapal terbang yang akan bawa mereka terus ke Jeddah, Makkah, Arab Saudi.


Tapi liku-liku orang dulu nak pergi haji ni tak sama macam orang sekarang. Berikut admin share cabaran yang dihadapi orang dulu dalam menuju lambaian Kaabah. Labaik allahumma lakkbaik….

 

1. Haji di zaman Kesultanan Melayu Melaka

Hang Tuah
sumber: fmt

Menurut buku ‘Haji di Semenanjung Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya’ tulisan Mohd Saleh Haji Awang, ibadah haji kat Malaysia ni sudah pun berlaku sejak kurun ke-15 lagi. Orang Melayu Islam pertama yang menunaikan haji ialah Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah dari tahun 1477 hingga 1488.

Hikayat Hang Tuah jugak ada menyebut yang Laksamana Melaka ni pun sempat mengerjakan haji di Mekah semasa dalam perjalanan ke Rom dulu.

 

2. Sistem haji zaman moden bermula 

Kapal Ke Makkah 3Ma37
sumber: blog

Sistem haji zaman moden betul-betul bermula pada tahun 1923, yang mana Tanah Melayu yang diperintah British pada masa tu telah melantik seorang individu bernama Haji Abdul Majid bin Zainuddin untuk tubuh satu badan yang kendalikan jemaah haji.

Sejak daripada ini, jumlah jemaah haji dari Tanah Melayu meningkat disebabkan ekonomi yang kukuh dan harga getah yang melambung naik. Pun begitu, cara mereka tunai haji memang lain gila dengan cara orang sekarang.

 

3. Guna pengangkutan kapal layar

Kapal Laut Terakhir Pengangkut Haji Indonesia
sumber: blog

Sejak kurun ke-15 lagi, jemaah haji di Tanah Melayu gunakan pengangkutan kapal layar untuk ke Mekah. Tapi bila waktu silih berganti, teknologi di Tanah Melayu makin maju dengan adanya kapal stim sebelum zaman merdeka. Pelabuhan yang digunakan sebagai pusat pengumpulan jemaah ialah di Temasik (Singapura) dan Masjid Melayu, Lebuh Acheh di Pulau Pinang.

Tapi yang peritnya, jemaah kenalah menunggu di pelabuhan dengan masjid jadi rumah persinggahan sebelum menanti kapal tiba. Waktu-waktu ni diisi dengan sesi mengajar bakal jemaah tentang ibadah haji macam cara pakai ihram dan lain-lain.

 

4. Ramai jemaah meninggal dalam perjalanan

Naik Kapal Beramai Ramai Ke Mekah
sumber: blog

Kapal yang memuatkan lebih 1,000 penumpang ambil masa lebih kurang setahun untuk pergi dan balik. Uishh lamanya! Sebab kapal ni padat dengan penumpang dari negara lain, ramai jemaah yang jatuh sakit dan meninggal dunia. Dalam tahun 1947 je, 31 jemaah meninggal dunia sebelum sempat sampai ke Mekah.

 

5. Terpaksa gadai harta untuk ke Mekah 

Kapal Bunga Raya Ke Mekah
sumber: blog

Memang diakui jemaah masa dulu terpaksa gadai tanah, harta dan haiwan ternakan demi untuk menyahut lambaian Kaabah. Pada tahun 1970-an, tambang untuk ke Mekah boleh dikatakan agak mahallah untuk masyarakat pada masa tu. Bagi kelas 1, kosnya bernilai RM1,150, kelas 2 pula RM1,063 dan kelas 3 bernilai RM941. Sedihnya dengar pengorbanan datuk nenek kita dulu! 

 

6. Susah nak terima khabar berita

Haji Dulu Dulu4
sumber: blog

Orang zaman dulu pergi menunaikan haji memang susah nak dapat khabar berita sebab tak ada kemudahan teknologi. Kalau nak tahu perkhabaran sanak saudara, tunggu jelah sampai dorang balik beberapa bulan akan datang. Namun bila zaman dah advance sikit, kerajaan Malaysia hantar pemberita pergi buat liputan di Mekah dan mereka ada sediakan slot khas ucapan jemaah haji Malaysia untuk hilangkan rasa rindu keluarga di tanah air. Rare betul ni! 

Untuk nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah perjalanan haji di Malaysia, korang boleh je ke Galeri Haji Pulau Pinang. Lebih menarik, Penang dulu pernah digelar ‘Jeddah Kedua’ tau sebab jadi tempat ribuan jemaah haji berkumpul.

Getimage
Jemaah berkumpul di port swentenham, penang | sumber: pressreader

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban!

Baca: 7 Wanita Luar Biasa Dalam Sejarah Islam

Sejarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.