in

Naib Canselor UiTM Tegur Trend Graduan ‘Beraksi’ Dengan Jubah Konvo Untuk Content

Naib Canselor Tegur Trend Beraksi Dengan Jubah Konvo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penat lelah menuntut ilmu yang memakan masa bertahun akhirnya tamat dengan jayanya. Maka tidak hairanlah ramai graduan tidak akan melepaskan peluang beraksi dengan mengenakan jubah konvokesyen sebagai kepuasan diri.


Bagaimanapun, trend memakai jubah konvokesyen sambil membuat video untuk content semakin berleluasa di media sosial. Kreatif memang kreatif tapi mungkin tidak manis dilihat sehingga menjadi perhatian daripada pihak universiti sendiri.

Perkara ini mendapat teguran Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr. Shahrin @ Sahib Sahibuddin yang berpendapat jubah konvokesyen seharusnya dihormati dan disanjung tinggi.

Artikel berkaitan: “Rasa macam terbang sekali!” – Ramai Teruja Tengok Gadis Pakai Jubah Konvo Naik ‘Flying Fox’

Artikel berkaitan: “Takkan pakai sehari je” – Gelagat Graduan Ini Buat Kerja Rumah Sambil Pakai Jubah Konvokesyen Buat Netizen Tersengih

@uitm_channel

Naib Canselor Menasihati Para Graduan Menghormati Jubah Konvokesyen #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – UiTM Channel

Ujar beliau, pakaian-pakaian seperti jubah konvokesyen, songkok mahupun mortar board melambangkan ilmu sangat mulia dan tinggi yang telah dianugerahkan kepada para graduan.

“Kebelakangan ini saya lihat ada mahasiswa atau graduan yang menyarung jubah mereka sambil melakukan aksi-aksi kandungan kreatif.

“Saya pasti mereka ingin memperlihatkan tentang apa yang dianugerahkan kepada mereka. Tapi pandangan peribadi saya, letaklah jubah mahupun mortar board itu sejajar dengan apa yang ditauliahkan,” katanya.

Screenshot 2023 11 29 105440

Menurut Prof Shahrin, pakaian jubah merupakan pakaian istiadat yang penuh makna di mana para akademik menyarung jubah ini sebagai tanda simbol kepada ilmu dijunjung.

“Pemakaian songkok mahupun mortar board dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka.

“Jadi sesuai dengan itu besarlah harapan saya semua mahasiswa dan graduan UiTM Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akademik ini,” katanya.

Tambahnya, pakaian istiadat itu perlu diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat mulia dan tinggi dianugerahkan kepada graduan.

Nak meraikan dengan jubah konvo tak salah, tapi raikanlah dengan cara yang tidak mengundang kecaman.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.