in

“Nafsunya datang dari orang yang dirogol” – Netizen Bengang Dengan Kenyataan ‘Ibu Ning’ Salahkan Mangsa Rogol

buning bikin pening

Seorang wanita yang mengaku dirinya perawat kini ‘ditembak’ netizen di Twitter selepas sebuah video viral di mana dia menyalahkan mangsa rogol.

Ningsih Tinampi atau lebih mesra dipanggil ‘Bu Ning’ dikenali ramai penduduk di Indonesia selepas dia muat naik video di Youtube menunjukkan dia merawat mangsa ilmu hitam. Videonya selalu mempamerkan kemahiran dia merawat orang yang dirasuk jin.

Bu Ning berpendapat bahawa perogol tidak sepatutnya dihukum kerana pemerkosaan itu berlaku disebabkan mangsa rogol sendiri.

buning2
Sumber: Twitter

Video itu dimuat naik oleh seorang pelawak, Popon Kerok di Twitter pada hari Isnin, hari yang sama Bangsa Bersatu melancarkan kempen 16-hari menentang kekejaman berasaskan jantina, tahun ini temanya adalah Kesaksamaan Generasi Bersama Menentang Rogol untuk menamatkan budaya rogol di seluruh dunia. Kata Bu Ning,

Orang yang diperkosa itu jangan menyalahkan orang yang memperkosa. Bapa, ibu yang punya anak perempuan, jangan menyalahkan orang yang perkosa.

Bukan itu saja, Bu Ning juga dikatakan mempersalahkan mangsa rogol kerana tidak berpakaian sopan.

Kerana apa? Orang yang memperkosa itu nafsunya datang dari orang yang diperkosa.”

buning1
Sumber: Twitter

Difahamkan, Bu Ning sedang berkomunikasi dengan genderuwo (hantu orang Jawa) yang ketika itu merasuki badan pesakit wanita yang memakai baju kuning di sebelahnya itu. Genderuwo itu beritahu Bu Ning bahawa dia adalah roh seorang remaja berusia 18 tahun yang membunuh diri kerana dirogol dan mengandung.

Selepas itulah Bu Ning memulakan hujahnya tentang perogol yang tak perlu dipersalahkan atau pun diberi hukuman. Bukan itu saja, kata Bu Ning roh itu pun ketika masih hidup selalu berpakaian seksi dan menggoda orang lain.

Ramai netizen yang selar tindakan Popon kerana muat naik video itu serta komennya tentang isu ini, termasuklah rakan pelawak sendiri.

Tonton video di bawah:

Baca: “Lahir-lahir otak tertinggal kat rahim ke apa?” – Netizen Kecam Strategi Marketing Produk Berunsur ‘Lucah’

gh