in

Nabila Razali Buat Gimik Kahwin Lagi, Netizen Dah Agak Mesti Nak ‘Promote’ Lagu Baharu

Nabila Razali Gimik Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Nabila Razali bukan lagi asing dengan industri muzik tanah air dan sejak kebelakangan ini ada beberapa lagu baharu yang dilancarkan oleh Nabila.



Bagaimanapun, ramai netizen mendakwa yang Nabila selalu menggunakan gimik untuk mempromosikan lagu baharunya dan menarik perhatian netizen.

Tindakan Nabila memadam semua foto di laman Instagramnya dan digantikan dengan gambar yang kelihatan seperti menggayakan baju pengantin telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

“Di mana kreativiti itu?” – Nabila Razali

Namun, ramai di antara warganet yang sudah dapat meneka ianya mungkin gimik untuk lagu terbaru penyanyi berusia 30 tahun itu.

Perkara itu tidak dinafikan oleh Nabila, dia juga telah menjelaskan bahawa tindakan memadam gambar di media sosialnya itu bukanlah gimik yang biasa dilakukan.

Sekadar teaser lagu terbaharu, Nabila bagaimanapun berkata dia hanya menggunakan cara promosi yang lebih kreatif untuk mendapatkan perhatian warganet untuk menonton video muziknya (MV) itu.

Screenshot 2022 12 01 153851

“Tak best la, kita kerja dalam industri kreatif tapi takkan kita hanya nak ‘nah saya ada air, minum la’, di mana kereativiti itu?”

“Tak nak la terlampau suap. Jadi kita bagi teaser sikit,” katanya.

Mengambil segala komen secara positif, Nabila mengakui dia sememangnya mahu membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai perkongsiannya itu, lapor Gempak.

Terdahulu, Nabila telah bertindak memadam semua hantaran di Instagramnya dan memuat naik foto memperlihatkan dia besama seorang lelaki dengan berpakaian baju pengantin telah menimbulkan tanda tanya oleh netizen.

Walaubagaimanapun, salah satu daripada perkongsian tersebut yang memperlihatkan hiasan wedding board di atas meja memaparkan nama yang dipercayai mewakili nama Nabila dan lelaki itu yang merupakan penyanyi rap, MK K-Clique.

Ohhh ni kira macam teaser lah untuk lagu baru diaaa…

Baca : [VIDEO] Nabila Razali ‘Cover’ Lagu Indonesia, Netizen Puji Suara Makin ‘Improve’

Untitled Design 2022 08 03T110300.883 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.