Misteri penemuan mayat seorang lelaki yang disumbat dalam bagasi besar di kawasan lapang berhampiran Flat Ampang Jajar, Butterworth, semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang pemuda yang dilaporkan pada 8 Oktober lalu.
Identiti mangsa disahkan sebagai Lee Boon Han, 31, selepas bapanya hadir ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pagi tadi.
Artikel berkaitan: Wanita Sumbat Haiwan Eksotik Dalam Bagasi Untuk Cuba Seludup Melalui KLIA Ditahan
Artikel berkaitan: Keluarga Dakwa Ada Unsur Jenayah, Misteri Mayat Lelaki Australia ‘Hilang’ Jantung Di Bali
Menurut laporan Kosmo!, mayat berkenaan dilaporkan ditemui sekitar pukul 1.43 tengah hari semalam dalam keadaan tangan terikat serta terdapat kesan kelar pada bahagian leher.
Bagaimanapun, setakat laporan ini diterbitkan, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi mengenai identiti mangsa.
Sebelum ini, tular satu laporan polis mengenai kehilangan seorang ejen insurans yang dibuat oleh bapanya berusia 69 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 8 Oktober lalu.
Menurut laporan itu, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Paya Terubong untuk berjumpa seorang pelanggan di Perlis dengan memandu kereta Toyota Vios berwarna kelabu.
Kehilangannya disedari apabila mangsa tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga.
Sumber: Kosmo!