in

“Muslim tak benci anjing” – Pensyarah Beragama Islam Ini Sanggup Habiskan 80% Gaji Selamatkan Haiwan Liar

Stray1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beramal ni datang daripada pelbagai aspek, tak semestinya memberikan derma dan bantu manusia yang kesusahan, menolong haiwan juga satu sikap mulia. Tak kirahlah apa jenis haiwan sekalipun, kalau niat tu murni, pasti akan dapat ganjaran di akhirat kelak.


Walupun haiwan seperti anjing dan babi dalam kesusahan, ia tidak membataskan pensyarah beragama islam ini untuk menjaga dan memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan tersebut.

Menurut WORLD OF BUZZ, Dr Roslee Abbas sanggup menghabiskan 80% daripada gajinya untuk membelanjakan makanan dan perubatan bagi menjaga haiwan-haiwan yang dia selamatkan.

Dr Roslee Abbas merupakan seorang sukarelawan untuk membantu menyelamatkan anjing terbiar di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah.

Sinchew1 2

Anak kelahiran Sandakan ini merupakan bekas pensyarah Universiti Sabah ini telah mendirikan satu badan NGO yang khusus untuk menyelamatkan haiwan liar, ia dikenali sebagai HEART (Helping Animals Rescue Them).

Sinchew3 2

Bekerja enam hari seminggu dari pagi hingga 6.30 petang, dia juga menjaga kucing liar yang ada di rumahnya sendiri sambil menjaga haiwan liar lain yang dia dapati di sekitar kawasannya.

Lepas tu, dia akan berikan makan 60 ekor kucing dan anjing liar dari pukul 9 malam hingga 4 pagi! Berumur 55 tahun dan masih bujang, rasa sunyinya terkubur kerana dia sibuk menjaga anjing dan kucing-kucing terbiar. Bahkan merawat haiwan-haiwan tersebut.

Ia juga tak membataskan Dr Roslee untuk tanam sendiri babi yang dilanggar di atas jalan dengan niat agar tidak terus dilanggar oleh kenderaan lain.

Halaman Facebook yang miliknya menunjukkan banyak operasi penyelamatan yang telah dilakukannya, semuanya atas dasar belas kasihan dan simpati bagi binatang-binatang liar ini.

Saya nak tunjukkan kepada umat Islam menjaga dan merawat anjing tidak salah, saya juga ingin menunjukkan kepada orang bukan Islam bahawa umat Islam tidak membenci anjing.”

Sinchew2 2 768X924 1

Bagaimanapun, untuk menampung kos operasi ini bukan murah, jadi kalau ada antara korang yang ingin salurkan sumbangan atau sebarang bantuan kepada Dr Roslee, korang boleh ke Halaman Facebook miliknya untuk sebarang info.

Bukan semua orang boleh buat kerja murni macam dia ni.

 

Baca : “Sapa pernah kena kejar je tahu” – Budak Lelaki Ini Kena Serang Anjing Liar Tapi Sekolah Dipersalahkan

Anjingsekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.