in

“Musibat punya jantan”- Kanak-kanak 2 Tahun Koyak Hati, Pendarahan Pankreas Dan Lebam Usus Didera Bapa Tiri Sampai Mati

Featured 46

Pemuda berusia 28 tahun disyaki mendera anak tirinya sehingga mati dalam kejadian di Guar Chempedak, Kedah.

Muhammad Aqil Hairi Mohd Azrul, 2 tahun yang ditemui terbaring di lantai dapur rumah pada Sabtu lalu dipercayai meninggal dunia selepas mengalami kecederaan pada abdomen dalaman seperti koyakan hati, pendarahan pada organ mesenteri, kesan lebam pada usus dan pendarahan pada organ pankreas.

2 16
Gambar hiasan

 

Kanak-kanak dipercayai meninggal dunia sewaktu dia didera..

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata bapa tiri mangsa kemudian membawa mangsa ke hospital sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Bapa tiri mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat”

“Hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan daya tumpul di bahagian abdomen.”

Lebih mengejutkan, doktor maklumkan yang kesan kecederaan pada badan kanak-kanak tersebut menunjukkan yang mangsa mati disebabkan perbuatan yang disengajakan.

Malah doktor tidak menolak kemungkinan yang mangsa dicubit, ditumbuk di bahagian perut dan belakang badan berdasarkan kesan lebam pada badannya.

3 13
Gambar hiasan

Selain itu, kesan kecederaan abdomen dalaman seperti koyakan hati, pendarahan pada organ mesenteri, kesan lebam pada usus dan pendarahan pada organ pankreas juga kelihatan.”

Semua kecederaan dalaman adalah kecederaan baru dan tidak sampai beberapa jam sebelum si mati meninggal dunia.

Kecederaan yang dialami si mati tidak konsisten dengan faktor jatuh dari tempat tinggi dan ia lebih kepada dipukul oleh objek tumpul di bahagian abdomen.”

Deputi Superintendan Shahnaz berkata hasil laporan tersebut, bapa tiri mangsa disyaki terlibat dalam kejadian itu malah telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ibu kandung mangsa berusia 22 tahun yang juga peniaga ikan turut ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Baca : “Dari umur bayi sebulan” Bapa Seksa, Tumbuk, Pulas Serta Patahkan Tangan Dan Kaki Anak 3 Bulan Hingga Mati

Bapa