in

“Musang King lahir dan dibesarkan di Malaysia,tetapi harga Yahudi”- Pengusaha Durian Jelaskan Kenapa…

FEATURED 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kat Malaysia ini ada bermacam jenis durian yang sememangnya menjadi ‘buruan’ hantu durian lebih-lebih lagi ketika musim durian tiba.

Antara yang terkenal ialah jenis D197 atau Musang King, namun ramai mengeluh kerana harganya yang terlampau mahal di pasaran iaitu antara RM40 hingga RM80 bagi satu kilogram, itu pun bergantung kepada gred.


Namun jangan cepat melatah, salah seorang pengusaha durian, Md Mujahit Rahmat 53 tahun menjelaskan kenapa harga durian Musang King mahal di pasaran, lapor Harian Metro.

collagemusang 1592315313

Selain namanya yang sudah komersial, ini antara sebab-sebab lain…

Saya tahu kritikan berkenaan (harga mahal) namun tidak ambil pusing perkara itu. Penjagaannya terlalu rumit, tidak boleh terlebih atau kurang air. Ketika tanaman (pokok Musang King) masih kecil, ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

“Oleh kerana itu, pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting.

“Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan. Namun, cuaca kini tidak menentu dan sejak kebelakangan ini pula kerap hujan jadi penghasilan buah berkurangan seterusnya menyebabkannya dijual pada harga mahal,”

Perkara sama turut dikongsikan pengusaha kebun buah-buahan, Mohd Nor Hisham 42 tahun.

musang1 1592315316

Katanya berbanding durian lain, Musang King lebih sukar ditanam, ekoran pekebun perlu pastikan baja yang diguna bersesuaian, pengairan yang cukup dan banyak lagi, selain belanja yang lebih besar.

Orang kata kalau nak yang sedap, kena lah belanja lebih sikit kan…

 

Baca : Penjual Durian Cuba Ketuk Duit Pelanggan Dengan Tipu Alat Timbang

BACA 16

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.