in

Penjual Durian Cuba ‘Ketuk’ Duit Pelanggan Dengan Tipu Alat Timbang

Durian 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang Onz lah PKPB dah jadi PKPP masa tengah musim durian, mesti cari raja buah tu matlamat utama hantu durian sekarang ni kan?


Tapi, ada pula peniaga yang cuba nak ambil kesempatan dekat kita semua dengan menipu harga alat timbang sebagai jalan pintas untuk dapat untung.

Bagaimanapun, taktik 12 peniaga durian di Ipoh ini gagal pihak berkuasa dapat mengesan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah. Lapor Sinar Harian.

Tipu alat timbang

Durima 1591838866

Menurut sumber lagi,ia dikesan setelah pemeriksaan khas terhadap peniaga-peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilakukan semalam.

Kata Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman, biarpun pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.

“Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah”

Kesemua 12 peniaga itu dikenakan kompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.

Tambahnya lagi, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

Malah Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga.

Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317.

Baca : “Durian takde duri bukan durian namanya” – Lupakan Durian Normal, Sebab Ada Durian Versi Tak Berduri Kat Indonesia

Durian

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.