in

Murid Reka Cerita Konon Dikasari Guru Hingga Retak Tulang Rupanya Terjatuh Sendiri di Luar Sekolah

Pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kini agak banyak berita menceritakan pelajar mendakwa didera guru namun jangan sesekali terus mempercayai kata-kata dari pelajar kerana tidak semestinya semua yang mereka ceritakan itu sahih.


Itulah yang berlaku di Tawau, Sabah di mana seorang murid perempuan mendakwa dikasari gurunya kerana lewat masuk ke kelas. Namun, selepas siasatan pihak polis, kanak-kanak berusia 10 tahun itu didapati hanya mereka-reka cerita!

Menurut Berita Harian, murid tahun empat itu sebelum ini mendakwa cedera kerana ditendang dan ditampar gurunya hingga retak tulang kaki.

Budak 3

Bagaimanapun, selepas siasatan lanjut dijalankan pihak polis mendapati kanak-kanak itu sebenarnya terjatuh sendiri ketika membeli makanan di luar kawasan sekolah. Pandai menipu eh!

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, pihaknya telah mengambil keterangan semua saksi termasuk rakan sekelas murid tersebut dan ternyata guru lelaki yang dituduh itu tidak melakukan perbuatan tersebut terhadapnya.

Polis
sumber: berita harian

Apabila disoal, murid berkenaan akui sengaja mereka-reka cerita mengenai kejadian itu kerana takut dimarahi ibu bapanya jika mereka mengetahui perkara yang sebenar.

Pihak pengadu iaitu ibu murid berkenaan dilaporkan telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 10 Julai lalu. Wanita itu juga memohon polis supaya tidak meneruskan siasatan.

“Pengadu juga telah memohon maaf kepada guru terbabit dan pihak sekolah.”

Report

Macam macam lah murid zaman sekarang ni. Pandai pulak main reka cerita, tak pasal pasal buruk nama cikgu tu.

Baca: Guru Sekolah di Tawau Tendang Anak Murid Kerana Lewat Hingga Retak Kaki

Pelajar1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.