in

Gaduh Dengan Guru Besar, Cikgu Sampai Kelar Tangan Sebab….

Kelar Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru tugasnya mendidik dan membimbing anak-anak murid untuk menjadi seorang insan yang terpelajar, dihormati dan berakhlak untuk menempuhi waktu dewasa nanti.


Tapi alangkah terkejutnya bila tiba-tiba viral kat Facebook dan Twitter berita seorang guru bertindak kelar tangan sendiri sebab bergaduh dengan guru besar di sekolah!

Alamak, apa cerita ni?

 

“Dia telah memalukan saya di hadapan guru lain dan mengugut untuk jatuhkan saya..”

Dalam gambar yang berlegar di Internet, kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut laporan bertarikh 3 Oktober lepas, kejadian berlaku sehari sebelumnya melibatkan seorang guru dan guru besar di sekolah berkenaan.

Guru besar berkenaan dikatakan memalukan guru terbabit di hadapan guru lain, mengugut untuk menjatuhkannya serta membalas dendam.

43070654 2256288114590890 4815287173567741952 N
sumber: facebook
Berang dengan kejadian itu, tanpa sedar guru ini bertindak mengelar tangan kirinya di hadapan guru besar tapi tidak dipedulikan.

Sebaliknya, selepas kejadian guru besar ini mengarahkan dia dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.

 

Ingin membuat tuntutan kos perubatan dan ke atas diri sendiri

Selepas menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Selangor atas ihsan tiga orang guru lain yang mengiringinya, pengadu berusia 28 tahun membuat keputusan untuk membuat tuntutan kos.

Ia melibatkan tuntutan kos ganti diri perubatan dan ke atas diri sendiri terhadap guru besar yang didakwa telah memalukannya.

43026777 2256288094590892 2398141774800355328 N

Malah dia juga mendakwa pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak membuat sebarang tindakan terhadap guru besar terbabit berhubung ‘jenayah kerja’ yang dilakukan terhadap dirinya serta guru-guru lain.

43193397 2256288071257561 6723607118173175808 N
sumber: facebook
Pengadu berkata dia juga mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat tidak tahan dengan sikap guru besar berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak admin tak dapat pastikan apa yang telah berlaku kerana kekurangan maklumat yang ada di media sosial buat masa ini.

Tapi diharapkan pihak Kementerian Pendidikan, PPD serta Jabatan Pendidikan Negeri dalam menyiasat kejadian ini secepat mungkin kerana ia berlaku dalam kawasan sekolah.

Baca: Hanya Sebab Minta Hutang RM300, Lelaki Sanggup Kelar Leher Kawan Guna Parang

Kelar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.