Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mangumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020 ini.
Ia bertujuan bagi memastikan kes Covid-19 ini pulih 100 peratus. Katanya lagi, biarpun jika tempoh PKP berakhir nanti ia masih akan memakan masa beberapa bulan.
Berikutan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kehidupan kita mungkin tidak akan sama seperti sedia kala, langkah pemantauan masih lagi perlu dilakukan.
“Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih.”
“Jadi berterawih lah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.”
“Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi.”
Tambahnya lagi, sesi persekolahan juga mungkin akan ditangguhkan dahulu sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.
Beliau juga menggesa agar Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.