Segelintir daripada masyarakat kita mesti lebih prefer makanan gerai ataupun ‘tepi jalan’ asalkan tahap kebersihannya cukup memuaskan. Mana tak nya, kebiasaannya makanan macam ni jauh lebih murah berbanding daripada makanan yang ada di restoran biasa. Dah tau makanan sedap mesti nak share dengan orang ramai kan.
Viral di twitter mengenai seorang penjual nasi lemak yang ingin dikenali sebagai Pak Mat menarik perhatian pelanggannya dengan cara dia menyusun telur dan timun untuk lauk nasi lemak.
Menurut posting @hilfaakmal di laman twitter, dia sangat teruja dengan cara penjual tersebut menyusun lauk untuk nasi lemak. Puas hati beli, katanya.
https://twitter.com/HilfaAkmal/status/1234773627565821957
Seorang individu memberi komen bahawa pakcik ini menghidap penyakit OCD, namun Pak Mat menafikannya.

Menurut Pak Mat, dia tak tahu gerai nasi lemaknya dah viral di media sosial dan dia mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh anaknya. Tambahnya, dia tidak mengetahui apa itu OCD, lepas anaknya explain barulah dia tahu apa itu OCD dan dia tidak menghidap penyakit tersebut, lapor Mstar.

Baginya, sebagai seorang peniaga makanan soal kebersihan perlulah diambil berat. Kalau menyusun barang tu perkara biasa. Lagi pula, sikapnya ini sudah dipupuk sejak kecil sebab itu lah sudah terbiasa sehingga sekarang.
Pak Mat berkata, dia sudah berniaga nasi lemak ini sejak setahun lalu di USJ 14. Banyak jenis lauk yang dijual seperti sambal sotong, sambal ikan bilis, sambal kerang dan macam-macam lagi. Gerainya dibuka dari Isnin-Jumaat bermula dari pukul 5 petang.
Namun, kebiasaannya gerainya akan tutup pada jam 7.30 petang paling lewat pun jam 8.30 malam.
Sejak viral, jumlah pelangganya semakin bertambah sebab nak rasa sendiri nasi lemak yang dijualnya.

Majoriti netizen di twitter cukup teruja dengan cara pakcik ni jual nasi lemak sebab bukan semua peniaga boleh susun lauk sampai macam tu sekali.
Mungkin seorang yang perfectionist dan pembersih

Tenang aku lihat gambar tersebut

Lepas ni, dah boleh pergi rasa nasi lemak Pak Mat ni. Confirm sedap.
Baca : “Senang nak solat” – Netizen ‘Salute’ Idea Musolla On Wheels UUM.

