in

“Senang nak solat” – Netizen ‘Salute’ Idea Musolla On Wheels UUM

Feature Uum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, solat itu tiang agama. Dalam Islam pun, kita dibolehkan untuk solat di mana-mana sahaja selagi tempat itu bersih daripada segala kekotoran. Solat lima waktu sehari sememangnya telah difardhukan kepada semua umat Islam.


Surau Bergerak 

Kadang-kadang, nak ke surau untuk solat macam tidak sempat lebih-lebih lagi kalau masjid selalu penuh ketika rehat tengah hari. Kali ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah pun memperkenalkan inisiatif baharu kepada para pelajar universiti tersebut dengan memperkenalkan surau bergerak.

Masjid 5

Wow, cool gila!

Disebabkan surau yang tersedia di universiti tidak mencukupi akibat bilangan pelajar yang semakin bertambah, pelajar terpaksa balik ke kolej masing-masing untuk solat Zohor, lapor Harian Metro. Penat tu weh. 

Siap Ada Aircond 

Menurut Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Roslina Abdullah, bas tersebut dapat menampung sehingga 17 pelajar yang ingin solat pada satu-satu masa.

Inovasi ini juga hanya untuk pelajar lelaki. Jadi, korang yang perempuan boleh solat kat surau macam biasa. 

Lagi cool, bas yang telah diubah suai itu juga ada penghawa dingin, selipar, sejadah dan tangki air wuduk. Ha, jangan nak membazir air pulak. 

Bas ini telah ditempatkan di kawasan tempat letak kereta di UUM COLGIS, jadi bas ini sebenarnya tidak bergerak semasa solat.

Masjid 3

Musolla On Wheels yang beroperasi dengan kerjasama syarikat bas UNIC ini dibuka kepada pelajar bermula jam 12.30 tengah hari sehingga 6 petang. Lepasni dah takde alasan dah nak melambatkan solat.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dengan idea dan inovasi UUM ini.

Masjid 1

 

Bagus betul pihak pengurusan UUM ni. 

Baca: “Good parenting” – Netizen Kagum Tindakan Lelaki Ini Teman Anak Buat Kerja Sekolah Di Masjid 

Masjid

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.