in

“Mungkin sebab terlalu penat” – Doktor Frontliner Rawat Pesakit Covid-19 Bunuh Diri

Feature 4 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Coronavirus bukan sahaja berbahaya jika berjangkit. Namun ia juga boleh menyebabkan kita rasa tertekan sebab terpaksa berada dalam situasi yang genting. Lama-lama duduk rumah tanpa keluar rumah langsung pun boleh buat kita resah. 


Kali ini doktor bahagian kecemasan yang merawat pesakit Covid-19 pula ditemui mati akibat bunuh diri, lapor Yahoo News.

Doktor wanita yang dikenali sebagai Dr Lorna M. Breen yang berkhidmat di Hospital NewYork-Presbyterian Allen di Manhattan telah membunuh diri pada Ahad lalu di rumah keluarganya di Virginia, Amerika Syarikat.

Dr 1 4

Menurut ayahnya, mangsa sebelum kejadian itu ada bercerita tentang keadaan pesakit-pesakitnya yang dijangkiti virus itu. Katanya, anaknya itu juga meluahkan perasaan tentang keadaan pesakitnya yang nazak semasa rawatan.

Doktor terbabit juga dikatakan mungkin diselubungi rasa bersalah sebab tidak dapat merawat pesakit virus korona ketika berehat di rumah.

Difahamkan, Lorna yang juga pengarah perubatan bahagian kecemasan di hospital terbabit telah dijangkiti wabak itu sebelum ini. Namun, dia telah kembali bekerja setelah lebih kurang seminggu berehat di rumah dan disahkan negatif Covid-19.

Dr 2 3

Namun, pihak pengurusan hospital menggesa dia agar berehat semula di rumah sehingga betul-betul sembuh.

Mangsa yang berusia 49 tahun tidak pernah mempunyai masalah mental sebelum ini. Namun, ayahnya mengatakan anaknya itu kelihatan seperti tidak bersemangat ketika kali terakhir bercakap dengannya.

Dr 1 5

Jadi, kalau korang ada rasa sunyi atau burnt out sebab terlalu penat bekerja, jangan lupa take a break dan kongsikan masalah dengan orang terdekat. 

Baca: “Dia kata 3 bulan rasa macam 300 tahun” – Remaja 17 Tahun Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Kena Duduk Rumah Waktu ‘Lockdown’

Bunuh

Sumber: Newsday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.