Pekerjaan sebagai pemandu bas atau lori memang penat sebab perjalanan sangat panjang dan jauh. Mereka kena duduk dan pandu kenderaan besar dengan berhati-hati dan ini boleh sebabkan masalah sakit pinggang dan lenguh.
Seorang pemandu bas di China ini pula telah menjadi perhatian ramai netizen negara itu kerana dia telah bertindak menterbalikkan badan untuk meregangkan tubuhnya sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau baru-baru ini.

Menurut YouTube South China Morning Post, video aksinya menterbalikkan badan itu dipercayai telah dirakam oleh salah seorang penumpang bas pada ketika itu.
Pemandu bas berkenaan dilihat membuat aksi itu dengan berpaut pada tempat pemegang dalam bas itu.
Tiada masalah keselamatan dilaporkan kerana pemandu bas tersebut dikatakan telah menarik brek tangan, jadi kenderaan besar itu tak akan bergerak sesuka hati.
Namun, dalam masa yang sama, pihak pengurusan tidak menafikan bahawa lelaki tersebut telah melanggar peraturan semasa operasi mengendalikan bas.

Difahamkan, ekoran kejadian itu, pemandu itu telah diberi amaran agar perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen dilihat menyokong tindakan pemandu bas berkenaan sebab ada yang kata kerja bawa bas boleh sebabkan lenguh-lenguh dan tak elok untuk tulang belakang.
Jadi, ada netizen kata sepatutnya tiada masalah pun kalau nak buat stretching sikit asalkan tidak membahayakan nyawa penumpang lain.
Tak kurang juga ada yang risau melihat tindakan lelaki terbabit.
Mana lah tahu mungkin jugak driver bas ni ada pengalaman dalam sukan gimnastik dulu. Apa pulak pendapat korang tentang perkara ni?
Sumber: YouTube South China Morning Post

