in

“Mulut tak jaga, nyanyi tak sedap…” – Ayda Jebat Kena Kecam Sebab Mulut Biadap Waktu Live Show

Ayda Jebat Mulut Longkang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru je viral pasal Aliff Syukri kutuk warna kulit dan rupa paras orang waktu rancangan live, ni timbul pulak isu selebriti lain buat benda yang sama.


Satu petikan video yang diambil daripada siaran langsung sebuah konsert baru-baru ni viral lepas dimuat naik di Twitter. Video berdurasi 30 saat tu menunjukkan Ayda Jebat bersama Sherry Al Hadad sedang bercakap semasa konsert tu berlangsung.

Apa yang buat video tular tiba-tiba adalah kerana netizen menyalahkan dan mengecam Ayda yang dikatakan biadap dan ‘cakap lepas’. 

Individu yang muat naik video ni dekat Twitter pun turut persoal attitude Ayda terutamanya ketika program live macam tu.

Perlu ke AJ cakap kaki Sherry ***** even gurau je? Berubah terus muka Sherry tapi still control lah because she knows show tengah live satu Malaysia.”

Perbualan Sherry dan Ayda pada mulanya berkaitan warna kegemaran Ayda sebelum topik tu ditukar oleh Sherry.

Tapi saya tak pernah menanglah lumba lari. Sebab kaki aku pendek.”

Lepas buat lawak pasal ketinggian diri sendiri, Ayda terus make fun of fizikal kaki Sherry dan korang boleh nampak yang muka dia terus berubah lepas tu.

Kau pun tak boleh menang. Kaki kau GEMUK!”

Walaupun terkejut dengan apa yang keluar daripada mulut Ayda, Sherry tetap maintain cool dan profesional dek kerana rancangan itu disiarkan secara langsung.

Ramai netizen lepas tu bagi komen dengan sikap Ayda yang dikatakan tidak ada adab dan mulut macam ‘longkang’. Kata dorang, Ayda ni perlu belajar tentang kemahiran komunikasi dan kalau nak melawak sekalipun, tak perlu sampai sentuh fizikal orang lain.

Ayda Komen
sumber: twitter

Bukan tu je, ramai juga yang akui kurang berkenan dengan perangai dan kegedikan pelantun lagu Pencuri Hati ni. Ayda juga dikritik sebab tak ada rasa hormat terhadap selebriti lain, sebagai contoh dalam kes Sherry ni dan lebih teruk lagi bila dia ‘buat lawak kasar’ macam tu masa live show.

Komen Tak Suka
sumber: twitter

Ada juga yang cakap mereka dah rasa muak dan annoyed dengan rancangan live dekat Malaysia ni sebab selalu buat lawak yang sentuh sentimen rupa paras, fizikal atau warna kulit orang lain.

Komen.muak
sumber: twitter

Harap Ayda dan selebriti lain berhenti lah bergurau kasar macam ni. Especially bila sentuh pasal bentuk badan, rupa atau apa saja kekurangan orang lain…

Baca: “I want to find ugly woman to try my product” – Datuk Aliff Dikecam Buat Gimik Produk Tak Kena Tempat

Karot La Kau Alif 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.