in

Mulut Berbau Ketika Puasa? Ini 8 Cara Untuk Elakkannya

1Bau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sekarang ni berada dalam bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Dalam bulan ini, telah diwajibkan ke atas kita untuk berpuasa.


Cuma ada satu perkara yang kerap terjadi ketika kita berpuasa dan ianya menganggu keyakinan diri. Perkara itu ialah masalah mulut berbau. Mulut berbau berlaku kerana mulut kering. Iyelah puasa kan, mana boleh minum air. Nak tahu cara elakkan mulut berbau? Korang boleh baca rantaian tweet @syazwanismd kat bawah ni.

Screenshot 2021 04 18 At 11.51.23 AmScreenshot 2021 04 18 At 12.00.21 Pm

 

1. Gosok gigi

Benda yang kita selalu buat setiap pagi dan sebelum tidur tiap-tiap hari. Selain membersihkan kotoran pada gigi, gosok gigi juga mampu mengurangkan bau mulut.

Screenshot 2021 04 18 At 11.51.34 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.52.17 Am

 

2. Flossing

Selain gosok gigi, flossing juga penting. Jangan pakai benang tau, pakai alat flossing yang betul. Banyak jenis yang boleh dipilih kat farmasi sana.

Screenshot 2021 04 18 At 11.52.33 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.53.24 Am

 

3. Pembersih mulut

Jangan lupa guna pembersih mulut. Kumur-kumur dalam mulut untuk singkirkan kotoran dan bakteria yang masih ada. Ikut arahan pada botol untuk berkumur berapa lama.

Screenshot 2021 04 18 At 11.53.45 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.54.14 Am

 

4. Minum air

Haa.. bukan minum time puasa tau. Minum air secukupnya sepanjang mula buka puasa sehinggalah waktu sahur.

Screenshot 2021 04 18 At 11.54.40 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.55.31 Am

 

5. Elakkan makanan berbau

Nafsu bila bulan puasa ni lain macam. Tengok semua lauk kat bazaar tu sedap je. Awas, jangan pilih dan makan makanan yang berbau, nanti mulut korang juga yang berbau.

Screenshot 2021 04 18 At 11.55.50 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.56.13 Am

 

6. Elak minum teh atau kopi

Bukan tak boleh minum langsung tau. Cuma tak digalakkan minum waktu sahur je. Lepas berbuka tu kalau korang nak teguk satu jug pun boleh.

Screenshot 2021 04 18 At 11.56.34 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.57.02 Am

 

7. Kunyah gula-gula getah

Gula-gula getah atau lebih mesra dikenali dengan chewing gum ni boleh elakkan mulut berbau gak. Tapi kunyah lepas waktu berbuka tau.

Screenshot 2021 04 18 At 11.57.26 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.58.05 Am

 

8. Makan ‘portion’ seimbang

Pastikan makanan yang kita ambil sewaktu berbuka tu serba-serbi cukup. Nak pakai tenaga seharian tu kan.

Screenshot 2021 04 18 At 11.58.47 Am Screenshot 2021 04 18 At 11.58.58 Am

 

Harap info yang dikongsi berguna untuk korang semua. Sekarang ni admin tak risau sangat bau mulut, iyelah sebab pakai mask kan.

 

Baca: 9 Fakta Tentang ‘Mata Ikan Dalam Mulut’ Untuk Pengetahuan Anda

Screenshot 2021 04 18 At 12.05.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.