in

“Muka relax je, macam tak salah” – Wanita Ini Dedah Rugi Lebih RM60K Lepas Kena Tipu Dengan Kenalan Rapat

Feature Image Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita memang dah sedia maklum pada masa kini scammer tu boleh sahaja menipu dalam pelbagai sahaja bentuk. Kita juga tidak boleh mengenal pasti siapa scammer tersebut yang mana boleh saja jadi kenal rapat atau saudara mara sendiri.


Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Masturah Abu Bakar telah berkongsi dia dan suami ditipu oleh scammer atas urusan pembelian rumah dengan nilai hampir mencecah RM60K.

REPOST SCAMMER ALERT!Tanggal 11.11 bermakna sudah 8 tahun kami berkahwin.Hari ini ialah ulangtahun perkahwinan…

Posted by Masturah Abu Bakar on Thursday, November 14, 2019

Menurut Masturah, lelaki yang dipercayai scammer itu merupakan kenalan kakak iparnya dan bakal menjadi ahli keluarga mereka.

Lelaki itu menyamar sebagai pemilik tanah dan pemilik rumah.Wanita ini dijanjikan untuk diberi terima rumah di corner lot.

Transaksi berlaku sebanyak 9 kali sehingga mencapai jumlah RM66050.

Perkara ini bermula apabila lelaki itu meminta mereka untuk membayar wang deposit sebanyak RM8000. Namun mereka sudah mengesyaki sesuatu apabila nombor akaun yang diberi oleh lelaki itu merupakan akaun peribadi.

Sebelum membuat transaksi, Masturah dan suaminya ada membuat penyelidikan mengenai nombor akaun di laman cyber crime, nombor telefon melalui truecaller.

“Kami juga ke rumah keluarga beliau dan selidik maklumat melalui sumber yang boleh dipercayai.”

“Saya juga buat carian di Facebook, google dan semua tempat yang boleh mengesahkan tentang developer dan maklumat pemilik rumah.”

 

75625244 3039583009389655 4052245074761744384 N
Sumber: facebook

 

Namun apa yang menghampakan ialah langsung tiada maklumat mengenai lelaki itu pernah menipu individu lain.

Tambahnya lagi disebabkan sokongan kakak yang menyatakan lelaki itu benar-benar pemilik rumah dan dia mempunyai rekod profil syarikat. Haa sebab tu percaya.

“Tak ada hitam putihkah? Tak ada Sales and Purchase Agreement (SNP)? Tak ada acceptance letter? Resit?”

Setiap kali membuat transaksi, saya desak kakak dan lelaki itu untuk memberikan dokumen seprti yang dinyatakan. Wanita ini ada terbaca bahawa sebelum atau selepas transaksi dibuat perlu ada dokumen.

Namun lelaki itu dikatakan pandai memutar belit kenyataan yang mengatakan dokumen-dokumen yang diminta itu masih dalam proses. Hasil daripada pujukkan kakaknya, wanita ini terus bersabar.

Perkara ini mula terbongkar apabila wanita ini membuat carian di laman Facebook mengenai kawasan taman perumahan seperti yang dijanjikan oleh scammer tersebut.

Apa yang mengejutkannya adalah taman tersebut hanya mempunyai 1 unit rumah corner lot dan apa yang lebih memeranjatkan adalah pemilik sebenar rumah itu berumur 50an dan scammer itu umurnya baru 32 tahun.

“Pemilik asal tanah dan rumah terus call saya dan mengesahkan bahawa beliau ialah pemilik sebenar.”

“Beliau menasihatkan kami supaya membuat laporan polis memandangkan kes ini ialah penyamaran dan penipuan.”

Laporan polis telah dilakukan dan pegawai penyiasat yang bertugas meminta untuk wanita ini dan suaminya pergi berjumpa dengan scammer tersebut untuk meminta kembali wangnya.

Janji nak pulang lepas 3 hari

Ini antara rakaman video perjumpaan antara keluarga wanita dengan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut meminta masa selama 3 hari untuk dia pulangkan semula wang yang telah diterimanya namun wanita ini dan suami mendesak mahu duit mereka pada ketika itu juga.

Namun sehingga ke hari ini, lelaki tersebut masih belum memulangkan duit mereka seperti apa yang dijanjikan dalam video itu.

“Sudah 6 hari berlalu namun tak nampak tanda penipu akan pulangkan duit tersebut.”

“Mungkin tiada harapan. Maka saya berserah kepada Allah dan serah kepada polis untuk bertindak.”

Tambahnya lagi, mereka akan memberi keterangan kepada pihak polis dan selanjutnya tindakan akan diambil terhadap lelaki itu.

Hemm susah betul nak percaya orang sekarang ni. Yang kenal pun boleh menipu.

 

Baca: “Jarang lah ic muka elok macam ni” – Wanita Ini Dedah Wajahnya Sering Digunakan Oleh Scammer

Scam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.