in

“Jarang lah ic muka elok macam ni” – Wanita Ini Dedah Wajahnya Sering Digunakan Oleh Scammer

Feature Image Scammer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni memang dah ramai orang yang kena tipu sebab beli barang secara dalam talian.


Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @minaazaini telah berkongsi pengalaman malangnya di mana wajahnya telah disunting oleh individu yang tidak dikenali untuk menipu orang lain.

Yang melampaunya wajah wanita ini di edit sebelum diletakkan pada kad pengenalan dan lesen memandu, scammer ni siap guna nama Nur Syafieqah Mazlan lagi.

After
Sumber: twitter

Tambahnya lagi, scammer yang menggunakan kad pengenalan palsu itu turut mengedit alamat serta nombor kad pengenalan itu.

I letih, jangan sampai i pergi sabah cari you. Tipu orang ribu-ribu.”

Sebelum ini, gambarnya pernah juga disunting namun scammer itu menggunakan alamat yang berlainan daripada yang ini.

Before
Sumber: twitter

Namun kalau korang perasan kedua-dua alamat yang scammer itu gunakan  berasal daripada negeri di bawah bayu iaitu Sabah.

Ikut cerita, modus operandi scammer ni adalah menjual telefon pintar berjenama Iphone secara online. Dia akan meminta kad pengenalan dan juga lesen memandu mangsa jika mangsa betul-betul nak beli Iphone tersebut.

Tapi korang tak payah risau, ada seorang netizen yang dikenali sebagai @abakrmuhd telah memberi cara mudah untuk mengetahui bahawa kad pengenalan yang diberikan secara online tu original ke tak.

Haa mari sini admin share cara-caranya:

  1. Guna photo editor untuk edit exposure dan contrast gambar.
  2. Lepas edit cari apa yang tak kena dengan gambar tersebut.
  3. Paling ketara tengok dekat bahagian dagu. Ada horizontal edge menunjukkan muka dah edit.
  4. Bila main dengan slider contrast, cari inconsistent sharpness. Dalam kes ni, nampak yang tebing antara muka dengan tudung terlalu sharp, tak sama dengan elemen lain yang agak blurry.
  5. Kalau dapat dua gambar, bandingkan. Dekat sini boleh nampak muka sama ditempek pada tudung berbeza
Scammer Bodoh 1
Sumber: twitter

Rata-rata netizen turut merasakan bahawa scammer ini hanya memberikan kad pengenalan yang sudah disunting dan alamat yang digunakannya itu hanyalah rekaan semata-mata.

“JPN mana yang buat ic ni?”

Komen 3
Sumber: twitter

 

Koemn 2
Sumber: twitter

Ada juga netizen yang kongsi pengalaman hampir ditipu oleh scammer yang sama. Namun ada sahaja alasan yang di bagi untuk buat orang percaya.

https://twitter.com/shashanuratiqa/status/1191886488339804160?s=20

Ishh, bahaya betul lah sekarang ni. Sampai kad pengenalan pun orang boleh edit! Korang tolong hati-hati ye kalau nak hantar gambar kad pengenalan tu.

 

Baca: “Ibu pejabat PDRM, tapi pakai whatsApp” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hampir Kena Tipu Dengan Scammer Tapi…

Feature Image Penipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.