in

“Muka mintak penumbuk” – Pedo ‘Minta Izin’ Rogol Remaja 14 Tahun Nak Hakim Ringankan Hukuman Sebab Kena Jaga Mak

Can I Rape You 29Yo Stalks 14Yo Girl On Social Media Sends Her Sexually Explicit Texts World Of Buzz

Seorang lelaki berusia 31 tahun mengaku bersalah di mahkamah Singapura pada 11 November lalu atas kesalahan mengintip remaja perempuan bawah umur.

Lelaki bernama Wong ini dikatakan telah mengintip dan membuat gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan di Facebook pada 2017 di mana dia telah menghantar mesej-mesej tak senonoh termasuk gambar alat sulitnya.

Menurut Oriental Daily, gangguan ini bermula pada Mac 2017 ketika lelaki ini menambah rakan seorang remaja berusia 14 tahun di Facebook.

F7Ede23Ec7Dbe67Dd9C9Bca602D72706
Sumber: oriental daily

Kalau korang nak tahu, masa tu Wong dah pun berusia 29 tahun dan walaupun dia tahu remaja tu bawah umur, ia tak menghalang lelaki ini dari menghantar mesej tak senonoh berunsurkan seksual kepada remaja tersebut.

Wong juga telah meminta remaja tersebut untuk menjadi teman wanitanya dan mengatakan dia ingin melakukan hubungan seks dengan remaja itu.

Remaja perempuan yang dirahsiakan identiti ini sentiasa menolak pelawaan Wong namun tak diendahkan. Gangguan ini berterusan selama enam bulan sehingga bulan Ogos 2017. Ketika ini, mangsa telah pun block Wong di Facebook selepas menerima gambar alat sulit lelaki ini.

Namun, Wong masih tak berputus asa dan berjaya mencari nombor telefon remaja tersebut pada Februari 2018. Dia mula mengganggu mangsa melalui SMS dan menemui Instagram remaja malang ini.

Tak cukup dengan itu, Wong juga dengan beraninya mengajak mangsa untuk bertemu muka serta minta izin untuk merogol gadis ini. Eh apa punya perangai ni?

Shutterstock 715688422
Gambar hiasan

Saya nak rogol awak boleh?”

Lebih menakutkan, Wong dapat tahu sekolah remaja ini hingga mangsa takut nak pulang ke rumah kerana risau lelaki ini tunggu di depan pagar sekolah.

Akhirnya, remaja ini memberanikan diri dan memberitahu guru sekolahnya tentang masalah yang dialaminya ini.

Selepas laporan polis dibuat, Wong telah ditangkap dan semasa siasatan sedang dijalankan, Wong mengaku yang dia sangat “terangsang” kerana dia sering berfantasi dia berkawan dengan perempuan-perempuan bawah umur.

Wong yang tak diwakili mana-mana peguam berharap dia diberikan hukuman yang ringan kerana dia perlu menjaga ibunya yang dah berusia.

Amboi, sedap je mintak ringankan hukuman. Masa kacau budak tu ada pulak masa ya?

 

Baca: “Patut mereput dalam penjara” – Wanita Kongsi Cerita Macam Mana Lelaki Pedo Musnahkan Hidupnya Dalam 2 Saat

Screenshot 2019 11 14 At 12.27.59 Pm