in

“Muka je innocent tapi perangai…” – [Video] Pasangan ‘Suami Isteri’ Sama-sama Curi Kasut Dalam Butik

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, pencuri-pencuri dah makin pandai buat kerja. Kadang-kadang tu, muka nampak innocent, pakaian sopan pun tak boleh nak gerenti dorang ni baik ke tak.


Lately ni kita selalu juga tengok kedai-kedai muat naik rakaman CCTV dorang untuk tunjuk dekat orang ramai cara dorang mencuri atau manalah tahu ada yang kenal ke kan?

Terbaru, seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah video rakaman CCTV sebuah butik Puma di Pulau Pinang menunjukkan dua orang yang dari luarannya nampak macam pasangan suami isteri tengah membeli-belah tapi rupa-rupanya pencuri.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok seorang wanita memakai jubah dan tudung serba hitam ambil sneakers dari display dan bawa ke seorang lelaki yang tengah tengok pakaian.

Dorang kemudiannya membelek kasut tersebut dan mencuba saiz sebelum mengeluarkan sesuatu dalam beg berwarna hitam dipercayai cutter untuk memotong tag elektronik pada kasut tersebut.

Sambil perhatikan sekeliling, lelaki tersebut memotong tag elektronik pada kasut tersebut sambil yang perempuannya pula try kasut untuk cover line.

Lepas dah potong tag, lelaki tersebut kemudiannya masukkan kasut yang dorang curi tu ke dalam beg berwarna pink dan sorokkan “menatang” yang orang kedai selalu letak dalam kasut tu dekat bawah rak baju sebelum berlalu pergi meninggalkan butik tersebut.

https://twitter.com/yedhzulkafli/status/1181394934626045953?s=12

“Muka je innocent tapi perangai macam mak lampir”

Video yang telah mendapat sebanyak hampir 5 ribu retweets ni telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Tapi, rata-ratanya confirm lah cakap pasal pakaian wanita tu yang bertudung labuh kan?

Screenshot 2019 10 09 At 9.45.39 Am Screenshot 2019 10 09 At 9.46.02 Am Screenshot 2019 10 09 At 9.46.58 Am Screenshot 2019 10 09 At 9.47.27 Am

Ada juga netizen yang tertanya-tanya, kat kedai tu tak ada promoter ke sampai boleh tak perasan dorang dok mencuri kat situ?

Screenshot 2019 10 09 At 9.49.32 Am

Nampak gaya macam dah biasa je buat kerja ni, kalau tak takkan lah berani nak curi dekat butik mahal yang confirm ada CCTV kan?

 

Baca: Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri

Screenshot 2019 10 09 At 9.55.24 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.