in

“Muka baik tapi…”- Pengusaha Restoran Di Kota Bharu Berang, Pelanggan Lari Lepas Makan

mek klate mengamuk pelanggan lari tak bayar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengusaha kedai makan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pelanggan yang makan di kedainya namun bertindak untuk tidak membayar makanan tersebut.

Pengusaha yang menggunakan akaun Matsallehburger di TikTok berkenaan telah membuat satu perkongsian dan perkara itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok yang lain.


Pemilik kedai makan berkenaan ternyata berang dengan tindakan ‘makan lari’ yang berlaku tersebut. Menurutnya, dia faham dan terbuka untuk berbincang sekiranya pelanggan tersebut tidak mempunyai wang untuk makan, namun tindakannya yang melarikan diri tanpa membuat pembayaran tersebut tidak dapat diterima.

@matsallehburgerMakan lari tok bayar. Buat mali ko janggut jeput.♬ original sound – Matsalleh Burger Kota bharu

Menurut pendedahan pemilik berkenaan dalam dialek Kelantan tersebut, dia kecewa kerana menurutnya perbuatan pelanggan berkenaan lebih teruk dari penjahat dan lebih mengecewakan, penampilan pelanggan berkenaan kelihatan ‘baik’ dan tidak kelihatan seperti orang jahat.

Dalam masa yang sama, dia yang turut menerima pujian pengguna kerana masih bersedia untuk berbincang sekiranya pelanggan berkenaan benar-benar memerlukan.

“Takde duit cakap, kita boleh berbincang, ini tidak. Lepas kenyang, terus start kenderaan lari!”

Namun tidakan lari dan tidak membayar makanan yang telah dimakan tidak boleh diterimanya.

cats 58

Menerusi ruangan komen, rata-rata memikirkan berkemungkinan pelanggan berkenaan terlupa untuk membayar makanan tersebut dan pasti akan kembali untuk membayar makanan tersebut.

Pun begitu, pemilik kedai berkenaan seakan-akan tidak dapat memikirkan ada yang tergamak untuk berbuat demikian walaupun berpewatakannya baik.

Baca : Tular Isu Pengusaha Restoran Didakwa Letak ‘Special Ingredient’ Dalam Makanan, KKM Bakal Ambil Tindakan?

kkm ambil tindakan restoran special ingredient

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.