Penyanyi rap, Caprice antara individu yang lantang bersuara apabila timbul isu yang berkaitan dengan personaliti dakwah, Ebit Lew.
Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice mendedahkan beberapa tangkap layar hantaran Instagram Story seorang lelaki yang didakwa merupakan ‘orang kuat’ Ebit.
Dapat dilihat menerusi perkongsian hantaran itu, individu itu menulis kapsyen ‘selamat tinggal’ kepada Ebit Lew seolah-olah memberi bayangan dia mempunyai masalah peribadi dengan Ebit. Dalam story yang berasingan, dia juga memaklumkan sesuatu mengenai keluarganya.
Dua tahun penantian
Caprice menyatakan bahawa selepas dua tahun, doa-doa orang teraniaya akhirnya termakbul apabila mendakwa ‘orang kuat’ Ebit itu sudah mula sedar dengan perkara sebenar.
Dia meluahkan rasa bangga kerana individu itu berani tampil ke hadapan dan mahu bersemuka dengan pihak Ebit Lew.
View this post on Instagram
“Urusan saya dan EL biar kami selesai sendiri”
Bagaimanapun, individu itu tampil memberi respon, meminta Caprice untuk tidak masuk campur urusannya dengan Ebit dan mahu menyelesaikannya secara peribadi.
Namun, dia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan penyanyi rap itu dan terbuka untuk bertemu dengan Caprice pada bila-bila masa.
“Kita semuanya sama, semuanya pendosa. Urusan saya dan EL biar kami adik-beradik selesai sendiri. Thanks for your concern bro,” tulisnya.
Berdasarkan perkongsian individu itu di laman sosial sebelum ini, dia banyak memuat naik gambar dan videonya sepanjang penglibatannya bersama Ebit. Malah, Ebit sendiri pernah memuji mengenai kepakarannya dalam menjalankan tugas.
Baca: “Ahh ingatkan homeless” – Caprice Sindir Mondy, Buat Live TikTok Dengan Ibu Bapa Di Indonesia?