in

MUA Memandai Guna Teknik ‘Steam Makeup’, Wajah Pengantin Jadi Bengkak & Lebam

Ft Pengantin Muka Bengkak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang begitu indah berubah menjadi malang buat seorang pengantin dari India ini kerana tersalah memilih MUA (jurusolek/makeup artist) pada hari pernikahannya. Bahkan, atas kelakuan MUA itu, pernikahan pengantin ini terpaksa dibatalkan.

Memetik laporan India Times, kejadian ini berlaku pada 27 Februari 2023 lepas dimana MUA tersebut telah memperkenalkan satu teknik baru kepada si pengantin yang dipanggil steam makeup.


Screenshot 2023 03 15 182023

Atas dasar percaya, pengantin tersebut terus bersetuju dengan cadangan dan teknik baru yang disarankan oleh MUA itu.

Bagaimanapun, saat MUA daripada sebuah spa tempatan mula melakukan solekan kepada si pengantin, wajah pengantin itu tiba-tiba menjadi bengkak dan lebam malah selepas beberapa minit, muka wanita tersebut berubah menjadi gelap.

Screenshot 2023 03 15 181956

Terkejut dan panik melihat wajah pengantin wanita itu, dia dikejarkan ke hospital serta merta oleh ahli keluarganya dan disebabkan itu, pernikahan terpaksa dibatalkan, ianya selepas keluarga pengantin lelaki ternampak wajah pengantin wanita tersebut.

Dalam pada itu, keluarga pengantin wanita pula cuba meyakinkan keluarga belah lelaki untuk menukarkan hari majlis pernikahan pada tarikh lain setelah wajah pengantin wanita sembuh. MUA yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah pun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.

Baca : Tradisi Sembogo: Wajah Akan Dihembus Asap Untuk Naikkan Seri Pengantin

Sembogo Pengantin

Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.