Korang semua mesti ingat lagi masa GST diperkenalkan pada tahun 2015 yang lepas kan? Ramai juga yang complaint sebelum Pakatan Harapan ambil alih dan tukarkan semula kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Baru-baru ni menerusi temubual bersama Nikkei Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang beliau berhasrat untuk kembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengembangkan hasil kerajaan serta mengurangkan beban subsidi awam.
Memetik laporan dari Malay Mail, Ismail Sabri memberitahu bahawa pihaknya tak mempunyai banyak pilihan untuk menaikkan semula hasil negara walaupun sedar dengan persepsi negatif di kalangan rakyat mengenai cukai ini.
Tambahnya lagi, kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM20 bilion apabila GST dihapuskan dan digantikan dengan SST.
Tak ada negara dalam dunia ni yang tukarkan semula GST ke SST, kecuali Malaysia.”
Selain itu, kerajaan juga akan membuat beberapa langkah bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan GST serta kutipan cukap yang telus.
Beliau juga menegaskan bahawa pentadbirannya sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi yang disasarkan untuk isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana dan akan menyerahkan pelan itu kepada Kabinet dalam masa terdekat.
Dilaporkan, Bank Negara Malaysia juga turut menyokong keputusan untuk mengembalikan GST ini kerana ini mampu untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Apa pendapat korang? Okay ke kalau kita buat balik GST ni?
Baca: Pelepasan Cukai Sehingga RM 1,000 Untuk Kit Ujian Kendiri & Vaksinasi Covid-19