Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Zizi Kirana kini menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dan sedang memberikan tumpuan dalam pelayaran Global Sumud Flotilla (GFS). Setelah hampir sebulan menyertai misi tersebut, Zizi ada menjelaskan bahawa dia bakal sampai ke Gaza dalam masa lebih kurang seminggu lagi.
Menurut laporan Kosmo!, Zizi antara 15 rakyat Malaysia termasuk pelakon Ardell Aryana yang mengikuti misi bantuan itu dan mereka berlepas dari tanah air pada 31 Ogos lalu.
Artikel berkaitan : Zizi Kirana Bakal Ke Gaza, Momen Terakhir Di KLIA Buat Ramai Tersentuh
Artikel berkaitan : “Kenapa beralih ‘gender’ ni?” [Video] Netizen Over Confident Tertukar Sissy Iman Dengan Zizi Kirana. Lawak Wei!
Mr General ikut sekali ke? – Netizen
Bagaimanapun, satu perkongsian terbaru daripada Zizi Kirana telah mencuri tumpuan netizen, dalam perkongsian di Instagram itu, dilihat Zizi ada membuat hantaran kolaborasi bersama penyanyi rap Malique Ibrahim.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut sekaligus mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen jika Malique adalah salah seorang daripada 15 individu yang terlibat bersama Zizi dan Ardell.
Namun begitu, ramai juga yang mengatakan bahawa ia hanyalah sekadar tanda sokongan dirinya terhadap Zizi Kirana.