in

MP Minta Orang Cina Berkahwin, Kadar Kelahiran Keluarga Cina Yang Terendah

Orang Cina Tolonglah Berkahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak, ramai di antara rakan-rakan cina korang kebanyakannya masih single lagi dan ada yang memilih untuk tidak berkahwin?

Bersempena dengan Valentine’s Day semalam, seorang MP dari Parlimen Bayan Baru,  Sim Tze Tzin telah meluahkan rasa risaunya terhadap statistik jumlah kelahiran keluarga Cina yang rendah.


Menerusi postingnya di Facebook, Sim telah mengajak orang Cina di Malaysia untuk mendirikan rumah tangga supaya boleh melahirkan lebih banyak anak.

“Saya tertanya-tanya, kenapa bayi Cina tak ramai?

“Jadi saya gunakan cuti CNY untuk menggali isu ini lebih dalam (Lagipun cuti raya Cina adalah masa yang sesuai untuk membincangkan isu berkaitan masyarakat Cina). 

“Ketika saya tengok data DOSM (Jabatan Perangkaan) saya dapati bukan saja bayi Cina yang kurang, mereka juga kurang menikah. Dua kali terkejut,” katanya.

Artikel berkaitan: “Memang ikon perpaduan!” – Mekyun Beri Limau Di Setiap Tempat Ibadah Sempena Tahun Baru Cina

Artikel berkaitan: Ini 7 Momen Perkahwinan Diraja Paling ‘Fail’ Yang Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Orang Islam kahwin 2.7 kali ganda lebih dari bukan Islam 

Menurut Sim lagi, pada tahun 2022 hanya terdapat 40,000 kelahiran bayi Cina daripada jumlah keseluruhan sebanyak 423,124 kelahiran, yang mana tidak sampai 10%.

Memetik data perkahwinan pada 2021, ia mencatatkan perkahwinan di kalangan orang Islam adalah 2.7 kali ganda lebih banyak berbanding bukan Islam.

Namun data berkenaan menurutnya tidak menyatakan secara spesifik perkahwinan melibatkan orang Cina memandangkan DOSM hanya mengeluarkan data perkahwinan bagi orang Islam dan bukan Islam sahaja.

Cina

Daripada dapatan itu, dia menyimpulkan bahawa jumlah kelahiran yang kurang di kalangan orang Cina kerana mereka tidak berkahwin.

Kurang kahwin, kurang bayi. Oleh itu bersempena tahun Naga ini, saya meminta komuniti Cina untuk melihat kepada masalah kurang berkahwin. 

“Walaupun hidup bujang itu pilihan masing-masing, tetapi kita patut menggalakkan perkahwinan di kalangan mereka yang tidak mahu berkahwin. 

“Saya menggesa orang bujang di luar sana, keluarlah mencari cinta dan pasangan hidup kamu. Tolonglah kahwin dalam tahun naga bertuah ini. Ia perjalanan yang berbaloi untuk ditempuhi. 

“Jangan lupa untuk ada anak yang ramai juga. Selamat Hari Kekasih,” tulisnya.

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Betul ke orang cina ramai yang tak mahu kahwin? 

Sumber: Malaysiakini, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.