in

“Motor dia, dia punya pasal lah” – Bapa ‘Serang’ Pemuda Tegur Anaknya Tunggang Motosikal Secara Berbahaya

bapa serang pemuda tegur anak tunggang motor bahaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu rakaman video memaparkan seorang bapa datang berjumpa penduduk setempat yang telah menegur anaknya kerana menunggang motosikal secara berbahaya.

Menerusi rakaman tersebut, bapa tersebut meluahkan rasa bengang kerana anaknya dimarahi mereka.


“Yang korang marah anak aku ni apahal? Suka-suka je nak marah anak aku,” tegurnya.

Kedengaran suara beberapa orang individu yang membuat teguran menjelaskan bahawa anaknya telah membawa motosikal sambil membuat aksi bahaya.

Artikel berkaitan: “Saya dah lalui zaman rempit” – Tular Video Bapa B*kar Motosikal Sebab Anak Kerap Keluar Lewat Malam

Artikel berkaitan: Remaja Lari Rumah Kerana Takut Kena Ganti Duit Ibu Lepas Gagal Ujian B2

Bagaimanapun, si bapa seperti mempertahankan perlakuan anaknya dengan mengatakan itu adalah hak remaja itu untuk menggunakan motosikalnya.

“Dia nak buat apa dengan motosikal dia tu, dia punya pasal lah,” kata bapa remaja itu.

Namun begitu, penduduk setempat tidak bersetuju dengan pendapat bapa remaja itu yang dilihat seolah-olah lepas tangan.

Kata seorang pemuda, teguran tersebut dibuat atas faktor ingin menjaga keselamatan remaja tersebut dan penduduk setempat.

“Kami ni risaukan keselamatan kawasan ni, risau jadi berlaku kemalangan.

“Memang ni bukan jalan kami, tapi ini melibatkan keselamatan dia dan keselamatan orang lain tak terjamin. Bahaya dia bawa motosikal macam tu.

“Nasib baik tak terlanggar tiang elektrik lepas dia buat wheelie,” katanya.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan mengecam sikap bapa remaja terbabit yang sepatutnya lebih cakna dan memantau tingkah laku anak mereka terutamanya apabila di luar rumah.

Walaupun ada yang menganggap video berkenaan sekadar ‘content’, namun perkara sebegini perlu diberi kesedaran kepada umum.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.