Disebabkan pemakaian pelitup muka menjadi norma baharu sekarang, jumlah pembuangannya juga semakin meningkat. Namun, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab buang pelitup muka merata-rata.
Pakar kesihatan mengatakan bahawa pelitup muka separuh muka yang dibuang sembarangan terutamanya yang sudah tercemar atau yang mempunyai rembesan pernafasan boleh membahayakan kesihatan jika disentuh.
Dalam perkongsian @haziqzolkiflee, dia telah memuat naik video di akaun Twitternya di mana seekor monyet sedang memakai mask yang dijumpainya di jalan raya.
https://twitter.com/haziqzolkiflee/status/1430055020376952836
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa monyet sedang berehat di tepi jalan manakala ada seekor lagi sedang memakai pelitup muka yang terbuang. Video ini telah mendapat perhatian ramai netizen.
Di ruangan komen, ramai netizen yang mengutuk perbuatan individu yang buang pelitup muka merata-rata kerana ia akan memberi kesan sampingan yang buruk pada monyet tersebut.
malaysians, please dont litter your masks around. not only can it cause a choking hazard & entanglement to wildlife but those masks are the masks u cough & sneeze at which can also be dangerous to our wildlife’s health, especially primates. ? https://t.co/ITcDgdJuYz
— aidil (@climateaidil) August 24, 2021
Seorang pengguna Twitter juga berkata, keterlibatan hidupan liar dengan pelitup muka yang tercemar dengan batuk dan bersin boleh membahayakan haiwan liar lain di hutan terutamanya spesis primat selain boleh menyebabkan mereka tercekik.
Antara komen lain daripada netizen yang min tertarik untuk berkongsi:
Bagi mereka yang memakai pelitup muka seharusnya membuangnya dengan cara yang betul dengan melipatnya dan memasukkan dalam plastik sampah kecil. Lepastu baru buang dalam tong sampah. Bukannya buang merata-rata.
Diharapkan semua rakyat Malaysia tidak pandang remeh hal ini. Mana tahu tiba-tiba ada varian baru ke datang…
Baca: “Kuasa Allah” – Asalnya Kampung Tapi Berubah Jadi Sungai Lepas Fenomena Kepala Air Di Gunung Jerai