Pada pertengahan bulan Mac, kerajaan telah sebulat suara untuk memberi bantuan tablet percuma bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khususnya untuk pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40.
DIfahamkan juga, pelajar-pelajar berkenaan boleh mula untuk mengisi permohonan bagi pakej tersebut pada April. Pakej ini dibuat bagi memudahkan urusan sesi pembelajaran pelajar secara atas talian.
Baru-baru ini juga, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan di Twitter bahawa pihak kerajaan masih dalam proses untuk menyiapkan portal permohonan Pakej PerantiSiswa yang bakal dibuka kepada penerima menerusi akaun Twitternya @AnnuarMusa.
K-KOMM sedang berkerja keras menyiapkan portal permohonan on line bagi PerantiSiswa yg di jangka di buka 15hb ini.Urusan perolehan juga sedang di urus oleh K-KOMM dan MOF.(foto hiasan) pic.twitter.com/T51A6vWt3V
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 3, 2022
Walau bagaimanapun, perkongsian gambar yang dibuat itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mengatakan bahawa tablet tersebut seolah-olah tidak sesuai untuk digunakan oleh pelajar IPT.
“Lagi penting kalau common brand”
Ekoran itu, perkara ini juga mendapat perhatian dari YB Syed Saddiq yang menyatakan kerisauan beliau terhadap tablet yang dikatakan akan diberikan kepada penerima itu.
Beliau yang memuat naik tweet di Twitternya @SyedSaddiq dengan quote perkongsian dari Tan Sri Annuar itu mengatakan ianya sangat penting untuk kongsikan sekali perincian serta jenama tablet tersebut.
“Kita nak pastikan tablet yang dibagi berkualiti, boleh tahan lama” – YB Syed Saddiq
Salam Tan Sri @AnnuarMusa , mohon untuk nyatakan specs & jenama tablet.
Kita nak pastikan tablet yang dibagi berkualiti, boleh tahan lama.
Lagi penting kalau tablet yang dibagi common brand, supaya kalau rosak senang baiki, senang cari sparepart.
Mohon penjelasan. Terima kasih https://t.co/bNEr9phNO0
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 5, 2022
Ulasan YB Syed Saddiq itu nyata mendapat sokongan orang ramai kerana bagi mereka pelajar-pelajar IPT memerlukan tablet yang mampu untuk menampung tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.
Tak apa… Mungkin pihak kerajaan masih lagi dalam fasa untuk meneliti setiap perincian yang ada. Kita tunggu je okay?