in

“Mmg patut dia bunuh anak saya” – Tak Tahan Asyik Kena Dera, Lelaki Hentak Kepala Isteri Dengan Besi Sampai Mati

Collage 14

Orang yang pendiam dan selalu pendam perasaan ni sebenarnya orang paling bahaya sekali yang korang memang tak patut cari pasal. Sebab, sekali dorang meletup memang tak boleh nak imagine apa dorang boleh buat.

Macam seorang pekerja bank dari Liverpool ini yang didakwa telah membunuh isterinya sendiri dengan besi crowbar lepas tak tahan asyik “dibuli”.

713Ejlhky0L. Sl1500
Gambar hiasan

Menurut The Sun, David Pomphret melakukan perkara itu selepas dia akhirnya tak tahan dengan penderaan yang dia lalui selama bertahun-tahun.

David dikatakan telah menghentak kepala isterinya dengan besi itu lebih 30 kali di kandang kuda milik pasangan ini berhampiran rumah mereka.

Nintchdbpict000526880079 1
Sumber: the sun

Lelaki ini mengaku telah membunuh isterinya pada 2 November 2018 tapi dia menafikan statement pendakwa raya yang mengatakan dia bunuh isterinya kerana hilang kawalan lepas tak tahan didera.

Ibu mentua lelaki ini, Carol Buckley memberikan sokongan terhadap lelaki ini dalam kenyataannya yang dibacakan kepada juri.

Nintchdbpict000480744415
Sumber: the sun

David merupakan seorang lelaki yang baik dan dia patut dapat medal kerana selama ini sanggup bertahan dengan perangai Marie.”

“Dia seorang menantu dan bapa yang baik untuk anaknya.”

Carol juga berkata yang anaknya berkahwin dengan David pada tahun 1997 dan pasangan ini memiliki minat yang sama terhadap kuda.

Ibu ini menjelaskan yang anaknya merupakan punca hubungan pasangan ini bermasalah. Ini kerana Marie cepat marah.

Marie ni dia macam ada dua karakter yang berbeza and macam gunung berapi yang boleh meletup bila-bila masa je.”

“David pula seorang yang pendiam. Dia jarang bercakap atau berbual.”

Pada hari kejadian, David menelefon 999 mengatakan dia jumpa mayat isterinya terbaring di atas kolam darah di dalam kandang kuda mereka.

Nintchdbpict000526880068
Sumber: the sun

“Otak dan darah bersepah dimerata-rata tempat dan dia nampak macam kepalanya kena pukul.”

Keesokan harinya dia ditahan oleh pihak polis sebelum dia dibebaskan selepas berulang kali mengatakan yang dia tak bersalah. Enam bulan selepas itu dia ditahan semula dengan dakwaan membunuh.

Keputusan bedah siasat menunjukkan yang isterinya mati kerana diserang dengan ganas dan kepalanya mengalami kecederaan parah akibat dihentak dengan besi umpil lebih dari 30 kali.

 

Baca: Tak Guna! Lelaki Ni Bunuh Isteri Dia Semata-mata Nak ‘Claim’ Insurans 30 Juta!

Screenshot 2019 10 04 At 2.43.30 Pm