Memiliki tubuh badan ideal, kurus dan langsing sudah semestinya dambaan semua orang, tapi orang kita ni lebih suka mendapatkan jalan pintas untuk capai ‘matlamat’ mereka tu.
Sebagai orang muda, sebelum menjadi seorang dietitian, Jazeera Julaili juga pernah mengalami perkara yang sama, terlalu obses nak kurus cepat, Jazeera juga pernah terikut-ikut kaedah yang selalu dikongsikan di alam maya.
Tidak dinafikan, hasilnya memang memberangsangkan, dia berjaya menghilangkan 15 KG dalam masa sebulan! Siapa sahaja tak gembira kan? Tapi kegembiraan itu tak lama apabila….
Due to extreme weight loss. I was dx (diagnose) with renal calculi. Thank god. Early diagnosis, kecil je. Tapi sampai admitted lah.”
Renal calculi merupakan satu penyakit batu karang dalam saluran kencing, dikatakan ia berpunca daripada kepekatan air kencing dengan kalsium atau asid uric.
“Bila tengok balik gambar tu,budak budak sangat! If ada yang cakap, based on their experience. I have mine. But this is before i become a dietitian.Due to extreme weight loss. I was dx with renal calculi. Thank god. Early diagnosis, kecil je. Tapi sampai admitted lah.”
Kesannya, Jazeera pada waktu itu mengalami sakit belakang, abdomen dan kerap nak membuang air kecil. Kebetulan pula dia mengalami Teratoma (tumor atau ketumbuhan dalam badannya) terpaksa menjalani pembedahan.
“Sakit kat abdomen tu masha allah rasa nk berguling. Kerap sangat nak urinate. Kejap kejap pergi toilet. On Off mcmtu. Terus consult Dr. I admitted for both Renal Calculi & Teratoma. And i went for a surgery for teratoma that month.”
Fuh, ada tumor dalam masa yang sama ada Renal Caluli.
Akibat mengamalkan diet Atkins
Sakit itu menyerangnya akibat teknik diet yang dia dah cuba iaitu Diet Atkins. Kononnya kena minum air 3 liter sehari, tapi sebenarnya itu hanyalah mitos.
Ini kerana, diet ini akan membuatkan kita kekurangan glycogen, sejenis glukosa yang datang daripada makanan-makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia bertujuan untuk menjadi komponen dalam badan untuk menyimpan air.
Untuk penjelasan yang ringkas untuk difahamkan, diet Atkins ini adalah sejenis diet yang membenarkan kita untuk makan apa sahaja kecuali karbo.
“Minumlah banyak mana pun. Mmg tak akan tersimpan. So i end up with extreme dehydration.”
“I pun makan protein source banyak banyak. Nak ganti calorie la kononya. Little did i know, high protein diet can eventually lead to renal calculi. Tu belum lagi cakap pasal sodium, processed food.”
Effectiveness of Atkins? Yes it is. Memang lose weight kaw kaw! Tapi end up?
Disebabkan itu, Jazeera terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kesan diet tersebut.”
“Minum la URAL tu tk habis habis. Sakit kat back abdomen tu sampai mintak morphine injection kat Dr. Tp dapat tramal je Face with tears of joy. Nangissss tk habis habis sebab menyesal!”
Itu dulu, Jazeera yang kini sudah menjadi seorang dietitian menasihati orang luar agar jangan terlalu ikutkan saranan orang yang terlalu mengalakkan kita untuk mengamalkan diet Atkins untuk turunkan berat badan dengan cepat.
Selain kepakarannya kini dalam diet, dia sendiri pernah lalui fasa tersebut sebelum ini dan pernah alami kesannya.
“Jazz taknak you all lalui apa yang jazz lalui. Learn from my mistake.”
Go for suku suku separuh. Go for calorie deficit. Do not rush.”
“Kalau depa cakap. Keto lain lah kita high fat. Research kata bla bla. Research tu takda pun kat asia sayang. Tak sesuai langsung. We and the fellow researchers tak pernah keluar statement Keto is a better version of diet. Researcher tu HARVARD graduate tau.”
Sebagai dietitian, Jazeera menyarankan agar lakukan teknik “suku-suku separuh & defisit kalori” kalau nak diet. Tak perlu terlalu tergesa-gesa.