in

Misteri Kenderaan Terbiar Di Jambatan Pulau Pinang, Ramai Terkejut Bila Tahu Kisah Sebenar

Jambatan Pulau Pinang Misteri Kereta Tepi Jalan

Bagi mereka yang pernah ke Pulau Pinang menggunakan jalan darat, korang pasti takkan terlepas untuk melintasi Jambatan Pulau Pinang yang menjadi mercu tanda ikonik bagi negeri tersebut.

Menjadi jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara dengan 13.5km, jambatan yang dibina pada tahun 1985 ini menyimpan 1001 kisah aneh dan misteri yang pernah berlaku kepada penggunanya.

Jambatan Pulau Pinang 2

 

Misteri kereta terbiar atas jambatan 

Pun begitu, salah satu misteri yang berlegar di minda pengguna jambatan tersebut akhirnya terjawab apabila seorang pengguna TikTok @adameji7 mendedahkan satu kisah yang baru diketahuinya.

Menurutnya, kebanyakan pengguna yang melalui jambatan itu pastinya pernah terlihat kenderaan terbiar di tepi jambatan tanpa pemiliknya.

Rupanya menurut @adameji7, ada kemungkinan pemilik kenderaan tersebut telah menamatkan riwayat mereka dengan terjun dari jambatan masuk ke dalam laut. Allahu… 

@adameji7

Condolences to the respective families. Sedih sebenarnya… #fyp #fypdongggggggg #pulaupinang #africanmalaysian #adameji7

♬ original sound – Ejiofor Young – Ejiofor Young

 

“Aku pernah nampak, aku pikir dia nak ambik angin kejap ke apa” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang agak terkejut dan mengakui mereka pernah melihat beberapa kenderaan di atas jambatan yang terbiar tanpa pemandu.

Kebanyakannya mengagak mungkin pemandu keluar seketika untuk berehat dan lain-lain, namun tiada yang menyangka perkara buruk seperti itu akan berlaku.

Jpp

Pendedahan yang dikongsikan pengguna TikTok ini juga membuka mata netizen untuk lebih prihatin dengan pengguna jalan raya yang meninggalkan kereta mereka di tepi jalan.

Malah ada juga yang berharap mereka dapat lakukan sesuatu untuk membantu mangsa daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya itu.

Perkara

Apa-apapun jika korang melintasi Jambatan Pulau Pinang dan nampak kereta dalam keadaan mencurigakan, sebaiknya korang hubungi pihak bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian berkenaan. Manalah tahu mangsa masih dapat diselamatkan.

Baca: 299 Kanak-kanak Kehilangan Ibu Bapa & Penjaga Angkara Covid-19 Di Pulau Pinang

Pennag

Sumber: Blog
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok