in

Misteri Kehilangan Gya Natasya Terungkai, Ibu Kongsi Kisah Bagaimana Anak Dijumpai

Ft Gya Natasya Ditemui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes mengenai seorang remaja perempuan yang disangka hilang sejak petang semalam sebelum satu laporan dibuat malam tadi, Gya Natasha Abdullah telah ditemui di kawasan Pelangi Damansara, Petaling Jaya pagi tadi.

Dia yang gagal dihubungi oleh ibunya sejak petang semalam selepas pulang kerja di Cheras dilaporkan kehilangan telefon bimbit semasa berada dalam kereta e-hailing selepas turun dari MRT di Stesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI).


Artikel berkaitan : “Ditinggalkan tepi jalan” – Hos TikTok’Live’ Hilang, Tidak Ingat Apa Berlaku Ketika Ditemui

Artikel berkaitan : Seorang Wanita & Anak OKU Hilang Dihanyutkan Arus Deras Ketika Banjir Di Kuala Nerang

Ibunya, Johan Nazira Mohamed Nazib berkata, Gya Natasya sepatutnya turun di Stesen MRT Sungai Buloh, bagaimanapun disebabkan sakit perut dia ‘singgah’ ke Stesen MRT TTDI.

“Dia turun di TTDI dan ke tandas, kemudian dia teringin nak makan cookies (biskut). Jadi dia turun dari stesen dan keluar cari biskut di sebuah premis berhampiran.”

“Kemudian masa dia nak balik ke hentian dia ambil grab. Di situlah baru dia sedar telefon bimbitnya hilang. Dia kemudian menghubungi telefon bimbit miliknya, namun panggilannya kena reject (ditolak).”

Screenshot 2024 10 01 161930

“Dia minta pemandu grab untuk menunggunya seketika bagi mencari telefon, sebelum dia ditinggalkan secara tiba-tiba pemandu grab itu.”

“Pada masa sama, dia sedang menunggu orang yang mungkin datang memulangkan telefon bimbitnya. Dia kemudian didatangi satu kereta hitam dinaiki dua lelaki dan seorang wanita yang menawarkan untuk memberi bantuan.”

Jelasnya lagi kepada Berita Harian, Gya Natasya menaiki kereta tersebut sebelum ditinggalkan di kawasan Damansara, awal pagi tadi.

Katanya, Gya Natasya tidak ingat apa-apa melainkan waktu dia tiba-tiba diturunkan dari kereta tersebut di kawasan lot kedai yang gelap dan tiada orang.

“Dia kemudian berjalan dan cari orang untuk meminta bantuan sebelum menemui seorang wanita di Pelangi Damansara, yang meminjamkannya telefon bimbit sebelum dia menghubungi saya untuk mengambilnya.”

Bahkan, ibu Gya Natasya berkata bahawa dia sudah memaklumkan kepada Ketua Balai Polis Kuang yang anaknya telah pulang ke rumah pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, mengesahkan Gya Natasya sudah berada bersama ibunya.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.