Min nak tanya, apa tv show yang korang paling minat? Mesti yang bergenre komedi kan? Lagi-lagi kalau sitcom, memang tak bosan layan walaupun sesetengahnya ada banyak siri macam Young Sheldon dan The Big Bang Theory (TBBT).
Memang tak dapat dinafikan, kedua-dua sitcom ni daripada pengarah yang berbeza namun ada karakter yang sama iaitu Sheldon Cooper. Tapi kalau nak bandingkan, ramai yang rasa Young Sheldon lagi best dari The Big Bang Theory. Tak apa, biar min terangkan tujuh sebabnya.
1. Young Sheldon lebih melambangkan kehidupan sebenar
Kalau korang nak tahu, TBBT sepatutnya menjadi lambangan sebenar sebab rancangan tu diterbitkan sebelum Young Sheldon. Bagi beberapa musim pertamanya, jalan ceritanya meliputi semua karakter dalam siri tu seperti Howard, Penny dan Leonard.
Namun, bila dah nak masuk musim akhir, jalan ceritanya lebih fokus kepada karakter Sheldon Cooper menyebabkan karakter lain kurang ‘masa skrin’ di dalam rancangan tu.
Jadi, dengan penciptaan prekuel Young Sheldon ni, ‘masa skrin’ dapat dibahagikan cukup antara seluruh ahli keluarga Cooper dengan masing-masing ada kisah menarik yang dapat memberikan jalan cerita yang lebih fun dan enjoy untuk ditonton.
2. Young Sheldon lebih menyentuh hati
Kalau show tu meletup sampai ada ramai peminat, mesti ia terasa sangat dekat dan related kepada penonton. Mana taknya, sitcom Young Sheldon yang bermain dengan isu kekeluargaan lebih menarik berbanding TBBT yang mengutamakan jalan cerita di kalangan kawan.
Bukan tu je, walaupun prekuel kepada TBBT itu lebih menekankan drama dalam keluarga namun, komedinya tetap cukup untuk dikategorikan dalam sitcom. Berbanding TBBT, ia ada lebih unsur kelakar yang membuatkan ‘roller coaster of emotions‘ kurang dalam siri tu.
Artikel berkaitan: Sweet Dan Kelakar, Jom Tonton 8 Filem Komedi Romantik Ini Semasa Cuti Nanti!
3. Tema yang lebih luas
Seperti yang korang tahu, tema dalam TBBT mengisahkan tentang kehidupan kumpulan orang dewasa yang janggal dalam bersosial. Tambahan lagi, siri ini banyak menceritakan tentang kerjaya profesional dan kehidupan peribadi seperti Howard Wolowitz yang ingin menjadi seorang jurutera.
Secara tak langsung, jalan ceritanya akan berpusing dalam tema itu dan mengurangkan kepelbagaian idea dalam setiap episod. Kalau dibandingkan dengan siri Sheldon, ia mempunyai tema yang lebih luas kerana melibatkan kekeluargaan seperti pelajaran, kewangan dan pekerjaan.
Disebabkan itu, penonton lebih gemar akan siri ini kerana ia seakan realistik dengan kehidupan sebenar mereka.
4. Pemilihan jenaka yang lebih baik
Kalau korang perasaan, jenaka yang ada dalam TBBT lebih menjurus ke arah seks, isu perkauman dan lawak yang menyinggung perasaan walaupun ia agak sukar untuk dilihat. Memanglah, cerita ni melibatkan orang dewasa, jadi episod-episod yang diterbitkan pun mengikut kesesuaian umur.
Namun, Young Sheldon lebih berhati-hati dalam melontarkan jenaka yang masih boleh buat korang tertawa tau! Tapi, kalau dengan watak Sheldon yang genius ni, dia biasanya memberikan lawak-lawak yang berilmu.
5. Selesaikan masalah dunia sebenar lebih baik
Dalam TBBT, kebanyakan karakter utama meminati bidang sains dan matematik yang susah untuk difahami oleh orang biasa. Jadi, masalah yang dihadapi juga melibatkan penggunaan pelbagai terma saintifik yang tak biasa didengar. Oleh itu, sitcom ni mungkin menjadi pelik bagi orang biasa yang tonton cerita untuk sekadar hiburan semata.
Young Sheldon pula berbeza di mana, masalah-masalah yang ada lebih senang untuk penonton faham dan reflect dalam kehidupan seharian sekaligus membuatkan prekuel ni lebih baik daripada siri The Big Bang Theory.
Artikel berkaitan: 7 Filem Komedi Seram Thailand Yang Boleh Hiburkan Penonton Sampai Tak Kering Gusi
6. Lebih menggamit nostalgia
Siri TBBT ni mempunyai latar masa awal 2000-an yang ketika itu, dunia terkenal dengan ‘pop culture‘ iaitu budaya yang mengetengahkan hiburan seperti muzik dan fesyen. Disebabkan itu, siri ni lebih banyak buat rujukan untuk menimbulkan perasaan nostalgia yang disukai penonton.
Berbanding dengan Young Sheldon, ia merupakan cerita yang bermain dengan latar masa nostalgia iaitu antara lewat 80-an dan awal 90-an. Jadi, penonton memang akan terasa cerita ni menggamit memori dorang dengan prop dan hiasan babak yang digunakan.
Salah satu buktinya, Sheldon ada menonton filem Star Trek: Deep Space Nine yang diterbit pada tahun 1993 dalam siri tu.
7. Plot cerita yang pelbagai
Walaupun rancangan sudah berjalan selama 12 tahun namun, TBBT dilihat agak sukar untuk menunjukkan jalan cerita yang unik sepanjang ia ditayangkan.
Berbeza dengan prekuelnya, ia melibatkan pelbagai plot cerita yang berbeza namun saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, ia boleh fokus pada Sheldon yang sukakan sains ataupun Meemaw yang membuka bisnes bersama Georgie. Malah, Melissa Cooper yang berbeza kelakuan dengan kembarnya, Sheldon juga boleh dijadikan sebagai plot yang menarik.
Sumber: ScreenRant