in

“Mewah order” – Ini 5 Permintaan Makanan Terakhir Oleh Banduan ‘Death Row’, Siap ‘Request’ Nak Tengok Movie

Mewah Order Ini 5 Permintaan Makanan Terakhir Oleh Banduan Death Row Siap Request Nak Tengok Movie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amalan ‘makanan terakhir’ atau last meal merupakan satu tradisi biasa bagi penjenayah-penjenayah yang menanti hukuman maut.

Bagi anda yang mungkin tidak familiar dengan tradisi ini, ia membawa maksud apa sahaja permintaan makanan oleh banduan-banduan death row ini akan cuba dipenuhi oleh pihak penjara sebelum mereka dihantar ke execution room.


Jadi, hari ni admin akan kongsikan lima makanan yang pernah diminta banduan death row. Ada juga yang siap order makanan sekali dengan movie sebab nak menonton sambil makan. Ada pulak yang order macam-macam tapi ending tak sentuh satu apa pun yang dipesan.

Ada pula tu yang siap complain sebab tak dapat sebijik macam apa yang dah order walaupun permintaan makanan lain yang pelbagai variasi semua dah dipenuhi. Macam-macam lah!

1. Thomas J. Grasso

0 Thomas J Grasso E1618124253875

Jenayah

  • Mencekik seorang wanita warga emas berusia 87 tahun dengan menggunakan lampu Krismas milik mangsa.Mencuri $8 daripada dompet mangsa dan $4 dari rumah mangsa. Dia juga telah menjual televisyen milik mangsa dengan harga $125.
  • Enam bulan kemudian, dia membunuh seorang lagi warga emas dan mencuri check Social Security miliknya.

Hukuman

Dihukum dengan suntikan maut di Oklahoma State Penitentiary, McAlester, Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1995 ketika berusia 32 tahun.

Makanan terakhir

  • 2 dozen kupang kukus
  • 2 dozen kepah kukus
  • 1 double cheeseburger dari Burger King
  • Setengah dozen spare ribs barbeku
  • 2 milkshake strawberi
  • Setengah pai labu bersama whipped cream dan strawberri potong
  • 16-auns tin spageti dan bebola daging, dihidangkan pada suhu bilik.

Spaghettio E1618124370422

Walaupun telah memesan makanan yang agak banyak dan mewah, Thomas sempat merungut kerana dia tidak mendapat SpaghettiO tapi hanya mendapat spageti dalam tin.

“Saya mahu media tahu mengenai perkara ini,” katanya.

2. Ronnie Lee Gardner

Ronnie E1618124498322

Jenayah

  • Dituduh membunuh Melvyn John Otterstrom dalam satu rompakan di sebuah bar pada 1984
  • Pada tahun 1985, ketika dalam perjalanan ke Salt Lake City courthouse, Ronnie membunuh peguam Michael Burdell ketika cuba melarikan diri. Dia turut menembak dan mencederakan George “Nick” Kirk, seorang bailif yang keluarganya mendakwa meninggal dunia 11 tahun kemudian akibat kecederaannya

Hukuman

Dihukum mati oleh skuad penembak di Utah State Prison, Draper, Utah, Amerika Syarikat pada tahun 2010 ketika berusia 49 tahun.

Makanan terakhir

  • Ekor lobster
  • Stik
  • Pai epal
  • Aiskrim vanila
  • 7-Up

Lotr Fellowship Reg B Movie Poster Buy Now At Starstills 32095 82275.1414149895 E1618124718765

Selain itu, Ronnie juga membuat permintaan untuk menikmati makanan terakhirnya samil menonton filem Lord of the Rings.

3. Lawrence Russel Brewer

Lawrence E1618124850484

Jenayah

Larence dan dua rakannya yang rasis membunuh James Byrd Jr.seorang lelaki berkulit hitam pada tahun 1998. Mereka memukul dan kencing di atas mangsa sebelum merantai kakinya pada trak pikap dan mengheretnya hidup-hidup sejauh tiga batu sehingga mengakibatkan kematiannya.

Hukuman

Lawrence dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2011 ketika berusia 44 tahun di Hunstville, Texas, Amerika Syarikat.

Makanan terakhir

  • 2 stik ayam goreng
  • Triple bacon cheeseburger
  • Telur dadar keju
  • Semangkuk besar bendi goreng
  • 3 fajitas (sejenis makanan dari Mexico)
  • 1 paun daging barbeku dengan setengah buku roti
  • 1 pizza meat lovers
  • root beers
  • 1 pint aiskrim vanila Blue Bell
  • 1 fudge mentega kacang dengan kacang hancur

James Byrd Jr E1618125502512

Pun begitu, Lawrence dikatakan tidak sentuh langsung makanan yang dipesannya. Akibat daripada itu, Texas kini mengharamkan amalan makanan terakhir ini.

4. John Wayne Gacy

John Wayne Gacy G E1618125591661

Jenayah

Dikenali sebagai Badut Pembunuh, John merupakan seorang pesalah seks dan pembunuh bersiri yang telah menyerah dan membunuh sekurang-kurangnya 33 lelaki muda dan kanak-kanak lelaki.

Hukuman

Dihukum mati dengan suntikan maut pada tahun 1994 di Stateville Correctional Center, Crest Hill, Illinois, Amerika Syarikat pada usia 52 tahun.

Makanan terakhir

  • Udang goreng
  • 1 bucket ayam goreng KFC
  • Kentang goreng
  • 1 paun strawberri

5. Peter Kürten

Bundesarchiv Bild 102 11502 Polizeiaufnahme Eines Massenmorders E1618125663834

Jenayah

Didapati bersalah dalam sembilan kes pembunuhan dan tujuh kes cubaan membunuh.

Hukuman

Dihukum mati dengan kepala dipenggal pada 1931 ketika berusia 48 tahun di Jerman.

Makanan terakhir

  • Wienerschnitzel
  • Kentang goreng
  • Sebotol wain putih

Digelar The Vampire of Düsseldorf kerana tabiatnya yang cuba untuk minum darah daripada luka beberapa mangsanya, Peter sangat sukakan makanan terakhirnya. Malah, dia juga meminta makanan itu untuk ditambah sebelum hukuman matinya dijalankan.

Sumber: All That’s Interesting, Ranker

Baca: “Saya tak tahu kenapa saya kat sini” – Ini Kata-Kata Terakhir 5 Pembunuh Bersiri Sebelum Dihukum Mati

Kata Kata Terakhir Pembunuh Bersiri E1618123707994

Sumber: Daily Star
Sumber: Walmart
Sumber: CBS News
Sumber: Starstil
Sumber: Daily Mail
Sumber: Newsweek
Sumber: Oxygen
Sumber: Wiki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.