in

Meta Dilaporkan Kerugian Sekitar 100 Juta USD Selepas Alami ‘Masalah Teknikal’ Baru-Baru Ni

Ft Meta Rugi Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh seketika baru-baru ini apabila kesemua platform milik Meta yang terdiri daripada Facebook, Instagram dan juga Messenger mengalami gangguan sekitar dua jam dan menyebabkan ramai pengguna tidak dapat menggunakan platform-platform berkenaan.

Seorang pengarah urusan sebuah firma keselamatan di New York mendedahkan pada salah sebuah media tempatan bahawa gangguan tersebut menyebabkan Mark Zuckerberg selaku pemilik Meta kerugian sekitar USD 100 juta pada Selasa pagi disebabkan gangguan yang dialami oleh seluruh dunia berkenaan.


Ketika masalah tersebut mula dilaporkan, saham Meta jatuh sebanyak 1.5 peratus dan disebabkan ‘masalah teknikal’ yang berlaku tersebut, syarikat yang mendapat keuntungan melalui pengiklanan yang dipaparkan pada pengguna itu juga mencatatkan kerugian.

Bb1Jo36W

Walaupun Meta tidak mendedahkan kerugian yang disebabkan oleh masalah teknikal tersebut, dianggarkan pendapatan syarikat tersebut rugi sekitar USD 100 juta dan ianya mungkin tidak akan memberikan kesan secara langsung kepada syarikat tersebut.

Pun begitu, Meta menyalahkan ‘masalah teknikal’ sebagai punca kepada masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia baru-baru ini walaupun apa yang sebenarnya berlaku masih menjadi misteri.

Artikel Berkaitan : Gara-gara FB, Whatsapp & IG ‘Down’, Mark Zuckerberg Rugi Lebih AS$6 Bilion Semalam!

Artikel Berkaitan : Selain Internet Explorer, Ini 5 Laman Web Popular Yang Dah Ditamatkan

Menurut sumber dalaman Facebook, sistem dalaman syarikat berkenaan turut mengalami gangguan dan secara langsung menyebabkan kesemua platform milik mereka terganggu.

82068335 0 Image A 4 1709672003300

Terdahulu, pengguna Facebook dan Messenger mengalami gangguan di mana mengalami masalah di log out secara automatik daripada akaun masing-masing selain log masuk tidak dapat dilakukan walaupun kata laluan dimasukkan dengan betul.

Sementara itu, dalam gangguan yang sama, paparan di Instagram mula menunjukkan mesej ‘error’ selain pengguna tidak langsung dapat menerima sebarang kemaskini oleh pengguna lain mahupun platform berkenaan tidak memberikan respon apabila dimulakan semula.

Pada awalnya, sesetengah pengguna menyangka akaun mereka telah digodam, namun kemudiannya sekitar 80,000 hantaran mengenai masalah tersebut dilaporkan oleh pengguna di platform X.

Sumber : DailyMail

Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.