in

Selain Internet Explorer, Ini 5 Laman Web Popular Yang Dah Ditamatkan

Website Dah Tak Wujud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Microsoft baru-baru ini secara rasminya menamatkan perkhidmatan pelayar web Internet Explorer telah ditamatkan selepas 27 tahun memberikan khidmat kepada pengguna internet seluruh dunia sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995.

Dalam masa yang sama, pihak Microsoft meminta para pengguna untuk beralih ke Microsoft Edge yang kini mula mendapat sokongan daripada pengguna yang sebelum ini mungkin menggunakan Internet Explorer hanya untuk memuat turun pelayar lain seperti Chrome atau Mozilla.


Namun, ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan dalam dunia teknologi yang semakin hari semakin cepat berkembang selain muncul pelbagai lagi pelayar yang lebih menepati citarasa pengguna.

Linkedin Sales Solutions Uk1N66Kukmk Unsplash

Selain Internet Explorer, ini merupakan laman web dan perkhidmatan yang pernah popular pada satu masa dulu namun terpaksa ditamatkan oleh sebab-sebab tertentu.

1.  Google + 

New Google Plus

Dilancarkan pada 2011, Google + merupakan laman sosial milik Google dan berfungsi sebagai ‘one stop centre’ untuk pengguna Google memantau segala aktiviti yang dilakukan di pelbagai platform atau perkhidmatan ditawarkan Google.

Menurut hubspot, produk berkenaan gagal kerana sistem mereka gagal untuk memastikan kepuasan pengguna selain lebih 90% pengguna hanya menggunakan platform berkenaan selama 5 saat!

 

2. Friendster

Friendster2005Profile 6Wt9

Antara laman media sosial yang terawal diperkenalkan pada 2002, Friendster cepat mendapat sambutan kerana membenarkan pengguna untuk menghasilkan profail dan berkongsi sebarang kandungan dengan kenalan mereka.

Selain itu, ia juga membolehkan acara-acara seperti konsert, promosi barangan dan lain-lain mudah untuk diakses.

Semasa ‘zaman kegemilangannya’, Friendster mempunyai sekitar 115 juta pengguna sebelum dijenamakan kepada laman permainan sosial pada 2011 selepas ia dibeli oleh pemilik Facebook, Mark Zuckerberg.

Friendster ditamatkan secara rasmi pada tahun 2015 dan seingat min, ramai waktu itu sudahpun beralih ke MySpace.

3. MySpace

Https Bucketeer E05Bbc84 Baa3 437E 9518 Adb32Be77984.S3.Amazonaws.com Public Images D8F063E5 Bf63 42E5 9943 31A7F5950550 800X595

Selepas Friendster, MySpace merupakan ‘Facebook’ ataupun media sosial yang digunakan oleh ramai orang kerana fungsinya yang pelbagai termasuklah menghasilkan laman profail, kongsikan minat, gambar serta menambah kenalan.

Satu ciri yang min pasti ramai gunakan ialah fungsi untuk memainkan muzik setiap kali pelawat singgah di profail. Pastinya ketika itu, ramai yang menggunakan kod HTML tertentu untuk memastikan profail mereka lebih menonjol.

Pada satu masa, populariti MySpace berjaya memintas Google sebagai laman web yang paling banyak dilawati di US sebelum Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mike Jones mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mejadi ‘rival’ Facebook.

Walaupun tidak ditamatkan, MySpace sekarang ini tidak berfungsi seperti mana ia sepatutnya berfungsi dulu dan sekarang hanya memfokuskan sebagai laman rangkaian sosial untuk pemuzik dan band, serta penerbit kandungan selain turut dijenamakan sebagai Myspace.

4. Vine

Screen Shot 2013 01 24 At 1.33.33 Pm.0

Vine merupakan sebuah aplikasi video pendek yang terkenal dimana pengguna boleh menghasilkan video pendek berdurasi 6 saat dan pernah mendominasi media sosial dari tahun 2013 hinggalah ianya ditamatkan pada 2016.

Difahamkan kegagalan Vine adalah disebabkan mereka tidak mampu untuk ‘mengejar’ laman lain yang sedang meningkat naik ketika itu seperti Instagram. Selain itu, majoriti daripada eksekutif dan pereka mereka tidak mahu ia diniagakan dan menolak untuk menerima tajaan mana-mana jenama.

Hal ini menyebabkan ramai pencipta kandungan berpindah ke platform lain yang boleh mendatangkan pendapatan.

5. Yahoo Messenger

Ezgif.com Gif Maker 9

Seperti perkidmatan penghantaran mesej yang ada sekarang, Yahoo Messenger membolehkan pengguna untuk menghantar pesanan secara percuma kepada rakan-rakan melalui internet.

Walaupun perkara berkenaan merupakan biasa zaman sekarang, ketika fungsi ini diperkenalkan pada tahun 1998, ia merupakan sesuatu yang menakjubkan dan paling penting, percuma!

Selepas 20 tahun, Yahoo Messenger ditamatkan pada tahun 2018 kerana syarikat tersebut ingin meletakkan keutamaan kepada perkhidmatan pesanan lain yang lebih mengikuti trend semasa.

Baca : Dulu Cantik & Meriah! Ini 5 Tempat Terbiar Di Sekitar Lembah Klang Yang Dikatakan ‘Keras’

Screenshot 2 1

Sumber: gHacks
Sumber: Mashable
Sumber: The Verge
Sumber: Digit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.