in

Mesti Cuba! 6 Asam Pedas Melaka Anda Boleh Dapatkan di Lembah Klang!

Ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Asam pedas merupakan antara sajian dari Melaka yang diminati ramai. Tahukah anda bahawa anda tidak perlu mengembara sehingga ke Melaka untuk dapatkan asam pedas kerana ianya boleh didapatkan di kawasan Lembah Klang? Rasa memang sedap macam dekat Melaka punya!


Ini 6 Asam Pedas Melaka anda boleh dapatkan di Lembah Klang.

 

1. Asam Pedas Sejati

Sejati2
sumber: instagram | hazirah halim

Restoran ini telah beroperasi sejak 2004 dan dimiliki oleh seorang lelaki yang berasal dari Melaka. Menariknya di sini, anda boleh pilih ikan segar seperti pari, jenahak atau tenggiri dan dimasak ketika itu di dalam claypot. Jadi, anda akan dihidangkan dengan asam pedas yang masih panas. Asam Pedas Sejati pernah menjadi pilihan Jalan Jalan Cari Makan, Selera Bajet dan turut dipaparkan di Utusan Online.

Alamat: 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur

Sejati1

Sejati4

Ezgif.com 355B1Effff

 

2. Kantin Asam Pedas

Kantin3
sumber: instagram | siti nur suhana

Dinamakan kantin kerana restorannya sering dikunjungi oleh golongan pelajar universiti dan kolej, istimewanya di sini, kuah asam pedas yang disediakan pekat. Menggabungkan resepi Muar-Melaka, pelanggan mula mengunjungi sejak 11.30 pagi lagi. Ikan yang digunakan segar dan restoran ini turut menjual asam pedas telur ikan serta kepala ikan seperti tenggiri, merah, jenahak dan ikan duri.

Alamat: E – G – 14, Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, 68000 Ampang

Kantin1
sumber: instagram | muhamad al imran
Kantin2
sumber: instagram | shahwani harun
Kantin4
sumber: instagram | hani nur aina

 

3. D’Santap Asam Pedas

Santap1
sumber: facebook | wayunah abdullah

Dibuka seawal 8 pagi, restoran ini terlebih dahulu menyajikan sarapan pagi buat pelanggan tetapi asam pedas merupakan antara sebab utama restoran ini dipenuhi pelanggan tidak kira siang atau malam. Dengan harga yang berpatutan, asam pedas di sini merupakan antara yang paling popular di kawasan Lembah Klang.

Alamat: No. 1, Jalan SM 1, Taman Sunway Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Santap3
sumber: foursquare

Santap4

 

4. Man’s Asam Pedas Cafe

Man1

Asam pedas paling popular di Kampung Baru, Man Cafe turut menyediakan hidangan lauk pauk yang lain. Terletak di persimpangan Jalan Raja Uda dan Jalan Raja Muda Musa, dilaporkan kedai ini dirobohkan oleh DBKL atas sebab-sebab tertentu. Jika ingin tahu perkembangan dan lokasi baru kedai bakal dibuka, mereka akan update di Facebook.

Alamat: Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Man2 1

Man3

Man4

 

[sociallocker id=1666]

5. Restoran Kak Long Asam Pedas

Kak1
sumber: zomato

Resepi asam pedas ini dikatakan turun temurun dan perniagaan mereka sudah hampir 17 tahun beroperasi. Asam pedas merupakan kepakaran keluarga ini dan pelbagai jenis ikan dijual termasuklah mayong, patin, terubok dan jenahak. Pada bulan Ramadhan pula, restoran akan ditutup dan anda boleh dapatkan asam pedas ini di Bazar Ramadhan Setiawangsa.

Alamat: 6, Jalan 1/27F, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Kak5
sumber: facebook
Kak6
sumber: facebook
K
sumber: facebook

[/sociallocker]

 

6. Restoran Asam Pedas Bukit Jelutong

Jelutong3
sumber: instagram | azyyatiliah

Terkenal dalam kalangan penduduk di Shah Alam, restoran ini mula didatangi pelanggan seawal 11.30 pagi untuk menikmati asam pedas di sini. Bagi mengekalkan keaslian, asam pedas di restoran ini dihidangkan dalam claypot dan seperti biasa dihidangkan bersama telur masin serta ulam-ulaman.

Alamat: 17, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Jelutong1

Jelutong
sumber: instagram | zulfadli zainal
Jelutong4
sumber: instagram | wan zulqhairi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.