in

Duit Simpanan Lesap Tiba-tiba, Wanita Pula Kena Marah Dengan Pihak Bank Lepas Buat Laporan

Page Maybank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang dengar kes duit dalam akaun bank mana-mana yang tiba-tiba hilang walaupun tak usik langsung?


Boleh dikatakan kes duit tiba-tiba lesap ini bukannya perkara pelik tapi tak ramai yang mengalaminya kerana ianya jarang-jarang berlaku. Namun, dari perkongsian yang tular di Facebook baru-baru ini telah menarik perhatian netizen.

LESAPPP DUIT akuu dalam maybank pagi tadi baru perasan?? tinggal Rm24.85 sen je kt akuCall maybank ✅Report polis ✅P…

Posted by Zahira Zyra on Tuesday, May 17, 2022

Difahamkan wanita yang dikenali sebagai Zahira ini terkejut apabila mendapati duit simpanannya hanya berbaki RM24.85 sedangkan dia tidak pernah menggunakan wang dari akaun tersebut selama tiga bulan.

“Lesap dalam sekelip mata”

Sebab dirinya tidak menggunakan duit selama tiga bulan adalah kerana dia akan cuti bersalin bermula pada Ogos hingga Oktober ini dan Zahira terus buat simpanan wang untuk tempoh itu sepanjang berpantang nanti.

Malah, dia tidak pernah membuat sebarang transaksi keluar masuk kerana akaun bank itu telah dikhaskan untuk bayaran kereta saja. Namun, jumlah yang terpapar di skrin telefonnya memang mengejutkan.

“Yang peliknya, OTP / TAC tak dapat tapi duit dah selamat di account Cik Nurul Alya tu…” – Luah Zahira

Difahamkan Zahira sendiri tidak tahu siapakah Cik Nurul Alya itu dan dia telah pun buat laporan dan pergi ke cawangan terdekat bank tersebut. Namun, lain pula yang jadi apabila dia menerima panggilan telefon…

Fb

Di bahagian komen pula, ramai menasihatkan agar Zahira untuk terus ke Bank Negara Malaysia (BNM) supaya kes ini cepat diselesaikan kerana bank tersebut dikatakan mempunyai beberapa rekod bagi kejadian yang sama.

Allahu, kalau min kena macam tu pun min sakit kepala nak fikir. Duit dah banyak simpan, tahu-tahu hilang. Memang menangis tak berlagu…

Baca: Gara-gara Kongsi Akaun Bank, Wanita Sedih Ex-BF Songlap Duit Sampai Baki Tinggal Kosong

Untitled 3 5

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.