in

“Mesti ada rahsia besar yang dia jumpa” – Seorang Penyelidik Dibunuh Selepas Menemukan Signifikan COVID-19?

Untitled Design 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak penularan Covid-19 ini melanda, banyak para saintis dan ilmuan cuba mengkaji lebih mendalam tentang virus ini. Tapi dalam penyelidikan yang mereka kaji, terdapat beberapa peristiwa misteri yang menjadi tanda tanya.


Baru-baru ini seorang profesor di University of Pittburgh, Pennysylvania, Bing Liu yang dikatakan hampir membuat penemuan signifikan Covid-19 telah ditemui mati dibunuh, lapor heavy.Liu 1

 

Bing Liu Mati Ditembak

Ketika siasatan di lakukan, Jabatan Polis Ross telah jumpa kesan tembakan di kepala, leher, dan kaki Bing Liu.

Susulan itu, polis turut menjumpai seorang mayat di dalam kereta tidak jauh dari kediaman Bing Liu.

Liu 4

Mayat tersebut bernama Hao Gu, kawan kepada Bing Liu dipercayai mati membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Disebabkan situasi ini, polis percaya Hao Gu membunuh Bing Liu selepas itu dia membunuh diri sendiri.

Kejadian Misteri Di Sebalik Pendedahan Corona

Sesetengah individu berpendapat, kematiannya ini berpunca pada penyelidikan yang dikaji.

Liu 2

Jatuh Secara Misteri

Hal ini tercetus, kerana baru-baru ini pernah dilaporkan 3 orang doktor di Rusia maut terjatuh dari tingkap.

Apa yang mencurigakan Doktor ketiga itu jatuh secara misteri dari tingkap selepas dia bersuara tentang korona virus.

Boleh baca berita tentangnya di sini.

Kons1

Hilang Secara Tiba-Tiba

Sementara itu, kita pernah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang wartawan di Wuhan selepas mendedahkan pasal Coronavirus.

Boleh baca berita tentangnya di sini.

Kons2

Walaupun banyak konspirasi yang muncul, kita tak tahu sama ada ianya benar atau tidak. Apa yang penting sekarang ni kita harus menjaga kesihatan dan terus duduk di rumah demi memutuskan rantaian Covid 19 ni.

 

Baca: “Adakah dorang ‘dilenyapkan’?” – Tiga Individu ‘Hilang’ Secara Misteri Lepas Kritik Kerajaan China Pasal Coronavirus

Capture 20200508 155726 Crop 1

 

Sumber: heavy
Sumber: heavy
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.