in

“Macam ada sesuatu disorokkan” – Doktor di Rusia ‘Dijatuhkan’ Dari Tingkap Hospital Lepas Dedahkan Pasal Keadaan Covid-19?

Page

Seorang doktor berusia 37 tahun menjadi petugas perubatan ketiga di Rusia yang jatuh dari tingkap hospital selepas mendedahkan tentang keadaan kerjanya ketika Covid-19 ini.

Menurut MetroUK, Alexander Shulepov dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila mengalami kecederaan parah di kepala akibat terjun dari tingkat dua sebuah hospital di daerah Novousmanskaya dekat bandar Voronezh.

Doktor1

Sebelum kejadian itu berlaku Shulepov dan seorang rakannya bernama Alexander Kosyakin telah merakamkan sebuah video dan mereka disahkan positif Covid-19 namun dipaksa untuk terus bekerja oleh ketua doktor. Di dalam video itu, Kosyakin berkata,

Doktor ambulan Alexander Shulepov berada di sebelah saya, beliau baru disahkan Covid-19. Ketua doktor memaksa kami untuk bekerja, apa yang kami patut lakukan dalam keadaan ini? Kami tidak meninggalkan syif. Saya dan Alexander telah bekerja bersama selama sebulan. Inilah keadaannya. Semua orang kata ia palsu tetap ini adalah fakta sebenar untuk anda.”

Terdahulu, Shulepov bertugas untuk merawat pesakit coronavirus di dalam ambulans. Selepas rakaman video itu tersebar, rakannya telah disoal oleh polis kerana disyaki menyebarkan berita palsu.

Tidak lama kemudian, Shulepov tampil buat rakaman kedua ketika sedang dirawat di hospital. Beliau telah menarik semula dakwaan yang dibuatnya dalam video yang pertama.

Bagaimanapun, insiden Shulepov terjatuh itu telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau sebenarnya telah didesak untuk buat rakaman menarik balik dakwaan tersebut.

Doktor6

Sebenarnya, Shulepov adalah petugas hospital ketiga di Rusia yang dilaporkan jatuh ‘secara misteri’ dari tingkap hospital selepas mendedahkan keadaan sebenar pesakit coronavirus di negara tersebut.

Sebelum ini, dua doktor wanita telah meninggal dunia akibat jatuh dari tingkap hospital selepas mencabar pegawai atasan berhubung kekurangan PPE untuk mereka yang merawat pesakit. Doktor Natalya Lebedeva, 48, yang disahkan positif maut selepas jatuh dari tingkap 6 sebuah hospital di Moscow. Doktor Yelena Nepomnyashchaya, 47, maut selepas jatuh dari ketinggian 60 kaki dari tingkap dekat hospital di Krasnoyarsk.

Doktor3

Doktor4

Ngeri pulak baca… 

Baca: “Moga Tuhan rahmati China” – Wartawan Hilang Lepas Dedahkan Pasal Coronavirus di Wuhan, Disangka ‘Dilenyapkan’ Rupa-Rupanya…

Li Zehua

Sumber: MetroUK
Sumber: Byline Times
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail