in

“Adakah dorang ‘dilenyapkan’?” – Tiga Individu ‘Hilang’ Secara Misteri Lepas Kritik Kerajaan China Pasal Coronavirus

Hilang Misteri

Sejak timbulnya desas desus mengatakan China menyembunyikan jumlah angka kematian akibat wabak coronavirus, ramai orang mula mengkritik kerajaan mereka.

Sehingga kini China melaporkan 2,129 kematian dan 75,000 kes jangkitan dari 25 negara berbeza, lapor mStar. Bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan angka kematian itu sebenarnya lebih tinggi namun tidak didedahkan.

Menurut Daily Star, satu maklumat telah bocor di sebuah laman web awal bulan Februari mendedahkan jumlah kematian akibat coronavirus sebenarnya melebihi 24,000 orang. Sejak itu, ramai memberi kritikan terhadap kerajaan China kerana gagal mengendalikan dan menangani wabak ini dengan efisyen.

 

Tiga individu lantang kritik kerajaan China, kini hilang?

Bagaimanapun, kini 3 individu yang lantang bersuara dan mengkritik kerajaan China serta Presiden Xi Jinping berkenaan coronavirus ini dilaporkan hilang secara misteri.

Berikut adalah 3 individu itu dan kisah mereka:

 

1. Jin Yan, penduduk Nanjing

Yan telah mengkritik Presiden Xi Jinping melalui sebuah video yang dimuat naik olehnya di Weibo pada awal bulan ini. Dalam video itu, Yan dengan beraninya terus menyeru nama Xi dan mengkritiknya kerana ‘melarikan diri’ tanpa mempedulikan rakyat dan keadaan ketika ini.

Hilang6

Saya tak kisah apa dia dah buat sebelum ini tapi sekarang saya dah tak tahan lagi. Ini membabitkan nyawa ribuan orang.”

Ketika ini, kami penduduk Wuhan dalam keadaan darurat sejak 23 Januari tapi Xi Jinping seronok berjamuan di Beijing dan menyambut Tahun Baru Cina.”

Adakah ini sesuatu yang patut dilakukan ketika situasi (darurat) sebegini?”

Hilang1

Video itu bagaimanapun telah dipadam oleh pihak Weibo dan namanya tidak lagi muncul di media sosial itu dipercayai kerana telah ditapis. Selepas daripada itu, Yan dikatakan tidak dapat dikesan.

 

2. Chen Qiushi, wartawan

Sebelum perintah darurat dikuatkuasakan, Quishi merupakan salah seorang sukarelawan yang bergegas ke Wuhan ketika wabak coronavirus menular. Ketika di sana, Quishi aktif muat naik video dan kemas kini tentang keadaan sebenar di negeri itu seperti yang tidak ditayangkan di televisyen oleh media.

Dia dikatakan dengan terang-terangan mengkritik kerajaan Wuhan kerana didakwa menyembunyikan maklumat tentang wabak ini dan sengaja melewatkan bantuan pengawalan virus.

Hilang2

Wartawan berusia 34 tahun itu dikatakan telah hilang selama 14 hari selepas terputus hubungan dengan rakannya. Dalam video terakhirnya, Quishi berkata,

Kerajaan Wuhan dan polis Wuhan perlu memohon maaf kepada 8 orang pemberi maklumat itu. Mereka melaporkan perkara sebenar, fakta dan akibatnya mereka ditahan polis serta disoal siasat. Mereka dipaksa tandatangani surat dan ianya melanggar hak undang-undang mereka.”

Ibu Quishi juga telah membuat video dan meminta agar semua orang membantu untuk menjejaki keberadaan anaknya itu.

 

3. Fang Bin, wartawan

Fang telah hilang selama 10 hari selepas ditahan pihak polis Wuhan dan dikuarantinkan. Sebelum ini, dia membuat liputan sejak perintah darurat dan salah satu videonya yang viral pada 1 Februari lepas menunjukkan beberapa beg mayat yang bertimbun antara satu sama lain di hospital Wuhan.

Terlalu ramai orang yang mati. Dia sedang mengalihkan mayat.”

Sambil dia berjalan di wad itu, seorang lelaki memberitahu bapanya sedang tenat. Sembilan hari selepas video itu dipadam, Fang didatangi pegawai polis yang menyuruh dia ikut mereka untuk buat ‘pemeriksaan suhu’. Sejak itu, Fang tidak lagi ditemui.

Hilang5

Ketiga-tiga mereka kini dilaporkan telah hilang secara misteri kerana tidak dapat dikesan dan rakan-rakan serta ahli keluarga bimbang jika mereka sebenarnya ini telah ‘disenyapkan’.

Baca: “Betullah China sorok jumlah kematian?” – ‘Orang Dalam’ Mengaku Setiap Hari 100 Mayat Pesakit Coronavirus Dibakar

Mayat Dibakar

Sumber: Daily Star
Sumber: Line Today
Sumber: Youtube